APAKAH PERJANJIANPAP DENGAN DAP DI PENANG TEMPOH HARI? |
Ramai sudah lupa, mymassa ingatkan semula Lee Kuan Yew mula campurtangan dalam urusan di Tanah Melayu pada PRU ke-3 apabila Lee Kuan Yew menghantar 9 calon-calon PAP untuk bertanding di Tanah Melayu, malangnya mereka hanya menang di Bangsar melalui calonnya Devan Nair. Ketika itu, seluruh jentera PAP, kereta dan sebagainya dibawa dari Singapura. Alasan Lee Kuan Yew, ialah katanya parti MCA parti Komunis.
Kemudian, Lee Kuan Yew masih terus campurtangan di negara kita. Peristiwa terbaru beberapa bulan lalu di Pengerang. Bagaimana belia-belia Cina dari Singapura dihantar ke Pengerang untuk berdemo, sumber kewangan dibawa masuk diberi kepada DAP Johor untuk menggagalkan pembangunan gas dan minyak di Pengerang. Lee Kuan Yew sangat takut seandainya projek berimpak tinggi di Pengerang berjaya, maka bisnez antrabangsa akan beralih ke Pengerang memandangkan kos yang lebih murah di Pengerang.
Lawatan mymassa ini D SINI menjelaskan insiden Singapura campurtangan di negara kita.
Sebelum itu juga, PAP turut menghantar pasukannya untuk membantu DAP di PRU Negeri sarawak baru-baru ini. Sukarelawan dari seluruh gereja di Singapura dihantar dan berkampung di seluruh gereja-gereja di sarawak untuk membantu DAP. Hasilnya DAP berjaya menambah kerusi mereka. PAP tidak membantu Pas kerana target mereka bukan Pas, mereka lebih suka Pas tak menang supaya lebih kecil peranan Pas dalam Pakatan. Perkara ini disahkan oleh Encik Razali Abd Rahman, mantan Timbalan Ketua Pemuda DAP Penang yang dipaksa bermalam di gereja-gereja di Sarawak ketika PRU negeri Sarawak tempoh hari.
PRU13 tidak lama lagi menjelang, jika anda ke gereja-gereja Singapura hari ini, anda akan dapati sukarelawan-sukarelawan PAP telah dikursus untuk membantu DAP di Malaysia. Kita mesti bangun menentang. Pihak Imigresen di pintu masuk negara mesti berasa bimbang dengan ancaman keselamatan negara ini.
TQMYMASSA
No comments:
Post a Comment