Seorang ahli perniagaan hiburan lucah, Sophie Allen, 27, (gambar) mencetuskan kemarahan penduduk kampung di sini apabila dia menyewa sebuah dewan serba guna untuk digunakan sebagai lokasi perniagaan seksnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu yang lebih dikenali dengan gelaran Mistress Tia, menawarkan beraneka fantasi seks kepada pelanggan termasuk dirotan, dimaki hamun dan disebat di premis itu.
Dia mengenakan bayaran £80 (RM398) untuk sesi fantasi seks selama 30 minit selain caj tambahan £20 (RM99) untuk gambar kenang-kenangan.
Bagaimanapun, pihak jawatankuasa pengurusan dewan itu bertindak mengharamkan aktiviti tersebut setelah kegiatan Sophie terbongkar.
Menurut pengerusi jawatankuasa pengurusan itu, Katrina Baker, pada mulanya, dewan itu ditempah oleh seorang lelaki untuk tujuan satu uji bakat.
Namun katanya, aktiviti itu terbongkar selepas identiti lelaki itu sebagai rakan perniagaan Sophie diketahui oleh pihak pengurusan dewan.
~~ Agensi
TEMPAT YB MAKAN AISKRIM DALAM JAMBAN :
BACA SINI
macam2 lah skrg ni.. mcm2 berita yg pelik.
ReplyDelete