Namun di sebalik demonstrasi tersebut, ada rahsia yang bakal mengancam keselamatan negara. Perkara ini adalah satu lagi maklumat sulit yang MyMassa dapat dari sumber di Singapura.
Sebagai mukadimah, MyMassa kongsikan dua gambar ini. Pertama, demonstrasi menentang projek RAPID. Satu lagi adalah himpunan menyokong projek ini.
Demonstrasi menentang projek RAPID Petronas. |
Himpunan menyokong projek yang sama. |
Apa yang pelik dalam gambar tersebut?
Dalam gambar pertama, ramai yang menentang projek ini adalah dari kaum Cina. Dalam gambar kedua pula, majoritinya adalah orang Melayu. Mari kita tengok kaum mana yang menjadi majoriti di Pengerang.
Kalau dah terbukti orang Melayu adalah majoriti, mana datang kaum Cina yang ramai membantah projek ini. Bukti wikileaks seterusnya ini akan membongkar segalanya.
Rupanya yang menentang projek RAPID Petronas di Pengerang adalah orang Singapura. Kalau ikut alasan yang digunakan oleh Michael Chong untuk orang Singapura berdemo di Pengerang adalah kerana mereka takut kehilangan tempat makan lobster. Punya tak logik alasan. Pembaca sendiri boleh nilai kalau ada satu projek ekonomi mega di Johor, siapa yang akan terkesan kalau bukan Singapura itu sendiri.
MyMassa mintak pihak agensi keselamatan ambil maklum perkara ini. Dah lebih ni kalau orang Singapura boleh datang sini buat kacau. Takkan Imigresen tak boleh ambil tindakan sebab mereka ni dah salah guna pas lawatan. Lain kali kalau ada demo kat Johor, minta polis periksa kad pengenalan. Kalau takde, dah sah yang berdemo tu dari seberang.
*Ini baru sikit. Lepas ni MyMassa akan bongkarkan lagi hubungan pembangkang dengan negara luar untuk jatuhkan Kerajaan. Mohon pembaca dan rakan blogger share maklumat ini dengan klik butang di bawah.
TQMYMASSA
Penulis ni tak tau kisah sebenar kat pengerang ni.begitu ramai demontrasi bantahan 10 orang je dlm gambar.aku ada situ.pastu kata pulak org singapore,sama macam tuduhan azalina yg telah menipu dgn berbas2 org felda.setakat nak menipu mcm penulis ni,sapa2 buleh buat.kalau buleh penulis ni datang kampung ni, biar aku tunjukkan kebenarannya..
ReplyDelete