Seorang lelaki yang dilanggar kereta polis dalam kejadian penuh kontroversi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu, hari ini tampil menjelaskan insiden yang dialaminya itu.
Su Kuang Hong, 25 berkata beliau merupakan salah seorang daripada empat peserta yang dilanggar kenderaan tersebut dalam kejadian di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Katanya, beliau tampil dengan sisi ceritanya hari ini kerana polis cuba menggambarkan bahawa kumpulan peserta tersebut sebagai perusuh yang menyerang polis.
Su yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berkata, beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.
Kenderaan itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.
Su berkata beliau mengalami kecederaan di bahagian dahi, pergelangan tangan dan peha kesan daripada hentakan pada tembok itu.
Katanya, beliau membuat dua laporan polis atas kejadian berkenaan.
memang kelihatan jelas beberapa orang telah dilanggar, mungkin beliau salah sorang yang berada di tempat kejadian pada waktu itu, kereta polis tersebut telahpun hilang kawalan kerana pemandunya telah pengsan dan hanya sedar semula sewaktu diberikan rawatan..yang harus dipersalahkan bukan anggota polis tersebut, tetapi orang yang telah menyebabkan kereta polis tersebut hilang kawalan dan juga pada penganjur yang gagal mengawal peserta.
ReplyDeletemungkin kereta polis telah terlanggar brother ni setelah pemandunya pengsan akibat kecederaan yang dialaminya.
ReplyDeletesoalnya macamana pemandu kereta polis tu bolih jadi pengsan?
mana dia pikiaq pasai polis tu pengsan pon . dia pikiaq diri dia saja dengan suruhanjaya di-raja - dan mungkin saguhati polis RM250,000 .
ReplyDeletehabisss dahh kenee balingg..ntahh2 belepukk kenee dgn batuu poliss tuuu...
ReplyDelete