Label 10

Home » » SURAT TERBUKA ANAK POLIS KEPADA NIK AZIZ !! ..."KAMI ANAK ANJING...?"

SURAT TERBUKA ANAK POLIS KEPADA NIK AZIZ !! ..."KAMI ANAK ANJING...?"

Written By AAKJ on Wednesday, May 2, 2012 | 6:00 AM


Surat terbuka dari seorang anak polis yang menuntut di IPTA tempatan :

Assalamuailaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat mahasiswa UUM sekalian,

Saya juga seperti kalian, mengambil berat apa yang berlaku pada hari semalam.

Jujur saya katakan, mereka keterlaluan, keterlaluan dalam erti kata menggelar Polis sebagai Anjing, melakukan provokasi dan sebagainya.

Saya anak Polis, apa salah Polis sehinggakan sahabat saya menggelarkan POLIS itu zalim, anjing!! Setiap yang polis lakukan itu kerana tugas mereka! Tugas menjaga keamanan. Hinakah pekerjaan ayah saya sebagai seorang POLIS??

Sedangkan sahabat-sahabat UUM ada yang menuduh polis zalim, kejam, berhati anjing dan sebagainya, pernahkah sahabat fikir yang dipanggil anjing itu adalah ayah saudara? Pernah?? Saya mohon maaf, saya percaya mahasiswa UUM tiada yang terlibat.

Cuma inilah luahan saya selepas membaca berita di Harakah Daily, dan sebagainya. Adakah apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru sebagai mengikut arahan? Adakah arahan itu termasuk menggelar polis anjing, merosakkan harta benda semua? Saya percaya tidak. Namun apabila disebut demostrasi perkara ini tak kan terlepas.

Mohon sahabat-sahabat sedar perjuangan seorang anggota polis. Andai sahabat terus menggelarkan mereka anjing, saya tiada pilihan untuk bangga diri saya sebagai anak anjing. Kerana Anjing yang dipanggil oleh pihak tertentu itu lah orang yang sentiasa sebelum tidurnya memikirkan mengenai ketenteraman awam.

Maafkan saya andai surat ini mengecilkan hati sahabat sekalian.

Terima Kasih kerana menyiarkan surat saya.


Share this article :

+ comments + 8 comments

May 2, 2012 at 7:23 AM

Anda dan yg seangkatan adalah anak wira negara. Hanya org2 yg dungu, tidak berakal dan hatinya penuh dengan bisikan syaitan sahaja yg berfikiran dan bertindak seperti anwar, nurul izzah, nik aziz, ambiga, azmin ali, mat sabu, lim guan eng, perusuh bershit dll.

May 2, 2012 at 8:30 AM

syabas saudara kerana bangga dengan profession ayah saudara...semoga PDRM akan terus meningkat kan prestasi mereka

May 2, 2012 at 8:51 AM

Bagi saya, Polis bukannya Anjing... Tetapi, jika sesetengah masyarakat merasakan begitu, anjing tersebut jauh lebih mulia daripada ulamak ulamak PAS...

Syabas Polis... berbanggalah dengan sumbangan kamu... Jika tidak dibayar didunia... insyaallah akan dibayar diakhirat nanti.

May 2, 2012 at 12:25 PM

Polis = Mewujudkan suasana persekitaran yg selamat,selesa dan terjamin.

Bershit = Mewujudkan suasana yg tidak selamat,jenayah,ketidakselesaan,vandelisme,dan
kehilangan sumber rezeki.

May 2, 2012 at 5:24 PM

tiada yang lebih mulia dalam hidup ini adalah .menjaga keselamatan dan maruah diri dan negara . wajib hukumnya menjaga negara .

May 3, 2012 at 1:50 AM

ehh..ehh/// kenapa polis sepak polis nih..?!@#...baju kuning yg sepak polis tuu orang bersih ker?...maner pulak foto polis sepak orang baju kuning,pukul dengan roton,sepak terajang beramai-ramai tuu..kan ada dalam youtube...agak-agak koranglah...kenape polis tu kena sepak?...adakah mamat baju kuning tu gila?...dulu mase belajar kt sekolah,cikgu akan pukul jika kita nakal atau membuat kesalahan kann..kann..kann..maner pulak surat-surat-surat daripada anak2 orang awam atau rakyat malaysia yg kena pukul,kena sepak,kena terajang,kena maki hamun oleh polis...kenaper tak siar...eh,,,ehhh,ehhhh...///

May 4, 2012 at 2:44 PM

mana ada bukti polis sepak terajang pendemo, kalau kat youtube mana boleh percaya, tu kat dirakam oleh kamera yang hanya besi, bukti yang tak sah kata Hj Hadi.

Anonymous
September 27, 2012 at 10:50 PM

ces, emo plak. mcm la 1st time dengar org mengata anak polis & anak ustaz. aku yg bukan anak polis ni pon selalu dgr dok org mengata anak2 polis yg suka amik 'hadiah' drp kedai2 cina. natijahnya anak2 jd degil & bini jadi liar sbb mkn duit 'tak bersih'.

dalam ramai2 tu, ada lah yg baik, jujur, ikhlas dan sebaliknya.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger