Kerajaan Barisan Nasional sebelum tewas di dalam PRU12 telah membuat beberapa persediaan awal untuk mengelak berlakunya krisis air. Antaranya Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) di Hulu Langat. Selepas Kerajaan Pakatan Haram memerintah pasca PRU12, projek itu kini tertangguh akibat dari permainan politik Kerajaan Pakatan Haram dalam memerintah Selangor. Suka atau tidak pada tahun 2014 nanti sekali lagi akan berlaku krisis air di Selangor.
Terlalu banyak sandiwara politik yang dimainkan oleh Pakatan Haram Selangor dalam krisis air, sehinggakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah secara terbuka mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu. Sungguh memalukan. Nampak sangat MB Khalid Gagap tidak pandai mentadbir dan asyik berpolitik sepanjang masa sehingga memaksa Sultan sendiri terpaksa campur tangan. Baca kenyataan Tuanku Sultan Selangor semalam yang dipetik dari BERNAMA, di bawah. Daulat Tuanku!
KUALA LUMPUR - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu. Baginda bertitah, baginda tidak mahu kerajaan Selangor berdepan dengan krisis air yang boleh menjejaskan nama baik sebagai negeri maju disebabkan pelabur berpindah ke tempat lain.
"Ada sesetengah pihak beranggapan masalah air adalah remeh, tetapi beta memandang serius kerana kita berdepan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan dan pembangunan negara. Oleh itu, beta tidak mahu isu air dipolitikkan kerana rakyat memerlukannya dan tiada alternatif lain menggantikannya," titah baginda kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Outreach Institut Geologi Malaysia (IGM) dan Persidangan Air Tanah dengan tema 'What, Why, Where and How?' di sini, hari ini.
Matlamat utama program tersebut adalah untuk memperkenalkan bukan sahaja apa itu geologi tetapi bagaimana faktor geologi akan mempengaruhi kehidupan, aktiviti, perniagaan, keselamatan dan kedaulatan negara serta kestabilan alam sekitar. Turut hadir Presiden IGM Datuk Yunus Abdul Razak dan jurucakap selebriti bagi program Outreach IGM Maya Karin. Sultan Sharafuddin berharap sumber air tanah diambil dengan serius dan dibangunkan sebagai sumber air alternatif di Selangor agar negeri tersebut bertambah maju dalam bekalan air.
"Beta memandang serius dengan masalah kekurangan air kerana air amat diperlukan dalam kehidupan manusia dan alam sekitar. Jika berlaku kekurangan air bersih, kita akan berhadapan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan serta pembangunan negara," titah baginda. Sultan Selangor turut berharap masyarakat umum boleh didedahkan kepada fakta bahawa sumber air tanah merupakan sumber air yang boleh diperolehi dan dibangunkan.
"Pada masa kini air negara amat bergantung kepada sumber air permukaan seperti dari sungai-sungai, tasik dan empangan. Jika terlalu bergantung kepada punca air permukaan untuk kegunaan harian ia memberi kesan kepada pengguna terutama musim kemarau yang panjang seperti yang pernah berlaku di Melaka, Selangor dan Labuan baru-baru ini. Kita harus belajar dan melihat bagaimana negara maju seperti Denmark dan Norway membangun dan menggunakan sumber air tanah sebagai satu punca sumber air bagi memenuhi keperluan harian penduduknya," titahnya.
Baginda bagaimanapun mengingatkan supaya penggunaan dan penerokaan sumber air itu perlu dilakukan secara berhati-hati dan belajar daripada kesilapan serta kejayaan negara lain dalam menguruskan air. Dalam pada itu, baginda turut menyarankan pengurusan air bersepadu perlu diwujudkan supaya bekalan air bersih di negara ini tidak akan menghadapi masalah. Antara lokasi telaga air tanah yang dibangunkan untuk mengambil air tanah bagi bekalan air bersih ialah di Kota Baharu, Kelantan dan di Olak Lempit, Selangor. - Bernama.
No comments:
Post a Comment