Monday, May 28, 2012

SELANGOR HANCUR !! "KERAJAAN SIGNBOARD" - NOH OMAR !!



Kali ni aku amat-amat bersetuju 101% dengan Dato Sri Noh Omar.
Sememangnya Kerajaan Negeri Selangor yang dibawah Pakatan (PKR) adalah "KERAJAAN PAPAN TANDA" macam gambar kat atas tu. Meh kita baca ulasan dari Noh Omar melalui Utusan Online sebelum aku pulak yang ulas...
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ubah seperti 'kerajaan papan tanda'.
Beliau berkata, gelaran itu diberikan memandangkan kerajaan negeri dilihat lebih suka menaikkan papan tanda berbanding melaksanakan tanggungjawab membantu rakyat.
Katanya, papan tanda yang dibina kononnya sebagai publisiti bagi menunjukkan apa yang dilakukan kerajaan negeri itu sebenarnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat kerana banyak janji pembangkang pada pilihan raya umum lalu tidak dilaksanakan sehingga kini.
"Saya ambil contoh di kawasan Kuala Selangor dan Permatang, kerajaan negeri menaikkan papan tanda yang mengatakan dua kawasan itu sebagai kawasan ikan segar sedangkan orang ramai sudah mengetahui perkara itu.
"Berapa banyak peruntukan yang dibelanjakan kerajaan negeri untuk papan tanda itu? Kalau setakat papan tanda, ia tidak memberi manfaat kepada rakyat, lebih baik gunakan peruntukan itu untuk membantu rakyat seperti golongan nelayan di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup berjumlah RM200 kepada seramai 676 nelayan di kawasan Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.
Pada majlis sama, Noh menyampaikan bantuan perumahan rakyat kepada 102 nelayan di kawasan itu bagi membaiki rumah melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM900,000.
Dalam pada itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbeza dengan pembangkang dalam usaha membela rakyat di negeri ini.
Katanya, walaupun tidak memerlukan sebarang papan tanda atau membuat janji kepada rakyat, kerajaan BN telah melaksanakan agenda membela rakyat di negara ini termasuk di Selangor.
"Misalnya, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu golongan nelayan seperti memberi elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan selain peruntukan berjumlah RM74.3 juta untuk membaiki rumah kepada 7,638 nelayan di seluruh negara," katanya.
Pada masa sama, katanya, kerajaan turut menyediakan skim perlindungan insurans kepada seramai 47,635 nelayan di negara ini bagi memastikan golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya. - Utusan Online
Kisah papan tanda ni sebenarnya aku dah pernah tulis pun sebelum ni. (KLIK SINI)

Senang cerita, segala janji Pakatan di Selangor, mereka hanya kotakan di papan tanda sahaja.

Meh aku nak singkap balik 12 janji Pakatan di Selangor yang ditabur sebelum mereka mampu membentuk Kerajaan Negeri ;
1) Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap kelahiran anak di Selangor.
2) Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantarkan ke nursery.
3) Memberi bantuan RM50 sebulan setiap anak di pendidikan pra-sekolah.
4) Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke pengajian tinggi.
5) Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran kepada semua anak Selangor.
6) Memberikan bantuan kewangan kepada anak muda yang ingin mendirikan rumah tangga.
7) Membuka pusat sukan mini dan rekreasi untuk belia.
8) Mencarum takaful sebanyak RM2,500 untuk warga emas, OKU dan anak yatim.
9) Memberi elaun ibu tunggal.
10) Memberi elaun khas suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak kecil.
11) Membantu rakyat Selangor untuk memiliki kediaman sendiri.
12) Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam.
Baik papan tanda seperti dalam gambar diatas mahupun 12 janji pakatan ini, rakyat masih tagihi biarpun penggal sudah hampir ke penghujung !
Dimana janji-janji manis pakatan di Selangor ??? Dibakul sampah kah ???
Papan tanda begini dan yang menyerupai begini bersepah di sekitar Selangor dengan bermacam-macam lagi la slogan dan entah apa-apa lagi merapu.
Teringin aku nak dengar penjelasan dari Khalid, berapakah perbelanjaan untuk semua percetakan papan iklan ini dengan upah pemasangan sekali beserta design. Dan aku juga teringin nak tahu siapa yang dapat kontrak buat papan tanda ni semua.... ????

Ada berani tak Khalid nak jawab ???

tqkgc

No comments:

Post a Comment