Pelbagai reaksi diberikan oleh rakyat Malaysia sepanjang Himpunan Jutaan Belia HBN2012 yang diadakan di Putrajaya berlangsung dari 23 Mei sehinga 27 Mei yang mana berakhir semalam. Turut memberikan reaksi adalah dikalangan pemimpin UMNO yang mana menjanjikan kehidupan yang lebih baik buat para belia untuk hari esok.
Juak Pakatan Pembangkang sebenarnya cemburu dan iri hati dengan Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kerajaan BN kerana mereka tidak mampu untuk berbuat demikian mendekati para belia. Malah jika kita ihat di Selangor tempoh hari Himpunan Belia Selangor sendiri pun yang hadir hanya sekitar 150 orang yang mana satu bukti jelas bahawa belia tidak menyokong PAS,PKR,DAP.
Ini lah KEGAGALAN yang cuba ditutup oleh pihak Kerajaan Pakatan PAS,DAP,PKR Selangor apabila sambutan belia keatas mereka FAIL sama sekali. Justeru itu mereka pimpinan Pakatan Pembangkang mengarahkan jentera pencacai mereka untuk menyerang Himpunan Jutaan Belia Negara yang dijalankan oleh Kerajaan BN sehinggakan segala serbi program yang dianjurkan untuk para belia dikecam oleh pihak Pembangkang.
Para belia yang ada di Putrajaya ditomah dan dicemuh oleh gerombolan pembangkang dengan pelbagai bagai cerita. Namun hakikatnya para belia yang ada sepanjang himpunan ini lebih BEROTAK berbanding mereka yang berdemonstrasi jalanan menggugat ketenteraman awam.
Jelas disitu bahawa kerajaan BN menjanjikan Belia beriadah dengan keadaan selesa berbanding pemimpin Pembangkang yang cukup suka menggunakan para belia melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.
Apa sekalipun pastinya ramai lagi para Belia yang diluar sana mengharapkan agar Kerajaan BN terus mendekati mereka. Dan Gomo pinta agar kepimpinan Barisan Nasional agar terus mendekati para belia ini dari masa ke semasa bagi mengetahui Denyut Nadi para belia ini.
Syabas Belia Malaysia yang hadir dan menyokong Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Sememangnya apa yang dinyatakan oleh PM kita agar para Belia terus "MEMPERTAHANKAN PUTRAJAYA" telah dibuktikan dengan kehadiran 2 Juta Belia pada HBN 2012 kali ini. Tahun 201 kita berjumpa lagi dan pastinya
"Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini"
TQPAPAGOMO
No comments:
Post a Comment