Tuesday, May 8, 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 !! SUPERMOTARD - AKSI DRIFT !! JOM !!



Supermotard merupakan program sukan bermotor yang semakin digemari
oleh  peminat-peminat sukan bermotor negara terutama bagi
pemilik-pemilik dan peminat-peminat motosikal scrembler walaupun ianya
tergolong dalam aktiviti sukan bermotor yang masih baharu. 


Di Eropah Supermotard adalah siri perlumbaan kenderaan dua roda meliputi dua jenis laluan iaitu offroad dan litar perlumbaan (berturap) dengan
menggunakan tayar radial untuk litar berturap dan offroad suspension
bagi litar offroad. 

Namun begitu supermotard di Malaysia lebih kepada
perlumbaan di litar perlumbaan (berturap) dengan aksi drift
memandangkan litar yang terdapat di Malaysia belum memiliki kedua-dua
jenis laluan tersebut. 

Program Supermotard Hari Belia Negara 2012
lebih menumpukan kepada aksi pertunjukan sebagai pengenalan
supermotard di Malaysia. 

Peminat-peminat sukan bermotor terutamanya
kenderaan dua roda dapat melihat aksi-aksi dan kemahiran terutamanya
aksi drift pelumba dalam supermotard yang jarang dilihat dalam
mana-mana aksi perlumbaan sebelum ini. 

Melalui program ini, diharap agar dapat memberi inspirasi kepada penggiat dan peminat-peminat sukan bermotor agar lebih kreatif dan berinovatif dalam merangka program/aktiviti sukan bermotor disamping dapat menggalakkan
masyarakat untuk terlibat aktif dalam aktiviti sukan bermotor secara
sihat.

 SUPERMOTARD HBN 2012

SEGMEN : FAST & FURIOUS

PROGRAM : SUPERMOTARD HBN 2012

PENYELARAS PROJEK : NIK MOHD FITRA BIN WAN JAFFAR

NO. TEL : 03-88713179/0177591958



more detail :


http://www.hbn.gov.my/index.php/component/content/article/60.html



No comments:

Post a Comment