Formula Jet Ski Super Series Antarabangsa Langkawi (LIFJSSS) akan
dianjurkan oleh Bintang Puspa Sdn Bhd – Program ini diiktiraf oleh
IJSBA (Persatuan Jet Ski Antarabangsa & Boating, dan disokong oleh
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang bakal menjadi perlumbaan Ski
Jet berprestej di rantau ini.
Formula Jet Ski Antarabangsa Langkawi pada musim ini akan menjadikan
Putrajaya sebagai destinasi ke 4 selain lokasi lain seperti Pulau
Langkawi I (Kedah), Pulau Pangkor (Perak), Teluk Cempedak, Kuantan
(Pahang) dan Pantai Klebang (Melaka). Hadiah wang tunai berjumlah
RM410, 000 akan meletakkan LIFJSSS antara kejohanan lima terbaik
antarabangsa dan akan menjadi satu tarikan yang pasti untuk pasukan
dan pelumba menyertai.
LIFJSSS akan menjadi salah satu daripada pemacu utama pelancong
tempatan & asing ke putrajaya. Perlumbaan ini dibahagikan kepada 4
kategori iaitu:-
1- 4 lejang terbuka,
2- 4 Lejang (Lelaki),
3- 4 Lejang (Wanita),
4- 4 lejang (Vateran)
5- 2 Lejang Terbuka.
Pemenang Kejohanan daripada kategori 4 lejang (Lelaki) dan 4lejang
(Wanita) akan mewakili Pasukan Malaysia ke perlumbaaan Akhir Dunia ke
32 di Lake Havasu, Arizona, Amerika Syarikat pada tahun 2013.
PENYELARAS PROJEK : MOHD SAIPUDDIN BIN ZAKARIA
NO. Telefon : 03-88713242/0122092727
MORE DETAIL :
http://www.hbn.gov.my/index.php/component/content/article/60.html
No comments:
Post a Comment