Semalam Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.
Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.
No akaun : 03036 01 000 3031
Bank : Bank Islam
Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd
Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas atau yang dibawah ini.
Susulan tulisan saya pagi tadi berhubung lebuh raya berkenaan, seorang pembaca menghubungi saya dan memberitahu seperti berikut.
Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan.
Pembaca itu tidak menyatakan kepada saya beliau penyokong parti mana. Saya berpendapat pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas.
Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan.
Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun. Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar. Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan. Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam.
Saya mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan saya.
Saya sendiri ke Bank Islam tengahari tadi untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan. Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.
Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.
Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.
Bukan sekali saya cuba, malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar sepertimana gambar dibawah. Lalu saya membatalkan hasrat saya untuk menderma.
Anak panah - nombor akaun |
Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang saya tulis ini anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan . Hangpa semua tak nak syurga ke ?
Pemakluman kutipan derma diatas bukannya dilakukan oleh individu atau NGO. Sebaliknya ianya dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri. Ianya sungguh memalukan.
Mengikut undang-undang yang sedia ada mana-mana pihak yang ingin melakukan kutipan derma perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu. Dalam hal ini tidak dapat dipastikan samada Kerajaan Pas Kelantan telah mendapat kebenaran polis atau tidak untuk mengutip derma berkenaan. Jika ada kebenaran sudah pasti nombor rujukan kebenaran akan dicetak pada poster diatas.
baca selanjutnya :
Nik Aziz sungguh desperate kekdahnyer.....
ReplyDeletekukukata.blogspot.com/2010/12/sekarang-aku-nak-isap-ko-punya-pulak.html
baca ni dulu .
ReplyDeletemohon perbetulkan semula apa yg salah
http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=593:ucapan-aluan-pengerusi-lebuhraya-rakyat-kota-bharu--kuala-krai&catid=1:latest-news
Nik aziz kan byk gunakan duit poket sponser BERSIH 3.0, takkan nak mintak derma lagi buat jalan, minta la kt ambiga, kumpulan LGBT, kelab penyokong PAS, amuwar, azmin, karpal , kerajaan selangor, kedah, penang..isk byk dah tu, buat monorail pun boleh lagi. Takut derma jadi duit kempen PRU 13 kot.hehe
ReplyDelete