Sekumpulan 30 orang peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur bercadang untuk ‘menerjah’ rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara jam 2 petang ini.Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan Bersih 28 April lalu."Kita mahu tuntut kerugian dan mahu dia jawab. Siapa lagi yang mahu bayar ganti rugi kepada peniaga yang miskin ini?” kata presidennya Mohd Ridzuan Abdullah.Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang sama yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama 5 Mei lalu menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga. - FMT.
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna
-
Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5G Kedua Kepada U Mobile, Pilihan Akhir
Tetap Di Tangan Pengguna Pengumuman U Mobile dianugerahkan sebagai
pembekal...
18 hours ago
Post a Comment