Monday, May 14, 2012

FOTO !! DEMO AISKRIM D KG IJOK D TAJA KALID GAGAP SENDIRI ?!!



Entah apa aje lah Khalid Gagap ni. Ini ke gaya seorang Menteri Besar ???

Malang betul rakyat Selangor dapat MB mata duitan ni. Bala datang lagi buat Khalid.

Lebih 200 penduduk di Kampung Baru Ijok, di sini, semalam, berdemonstrasi secara aman kerana kecewa dengan pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gagal menjaga kebajikan mereka.

Demonstrasi diketuai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K Parthiban dan beberapa ketua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut mendesak Abdul Khalid segera menghentikan sebuah projek pembinaan perumahan yang kini didakwa menceroboh kawasan lapang yang diwartakan sejak 2007.

Penduduk yang membawa pelbagai sepanduk menyatakan perasaan tidak puas hati, kesal pembinaan projek perumahan itu bukan saja menyebabkan mereka kehilangan padang awam, malah turut menjejaskan keluasan sebuah kuil tidak jauh dari situ.

Mereka turut mempertikaikan kewibawaan Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok kerana didakwa sukar ditemui dan jarang turun ke kawasan berkenaan untuk mendengar masalah pengundi.

Parthiban berkata, pada 2007 kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah mengarahkan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) agar menghentikan projek itu dan memperuntukkan tanah seluas 0.8 hektar sebagai kawasan lapang untuk kegunaan orang ramai.

“ Sebaik pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan, keadaan berubah apabila projek itu diteruskan dan padang awam menjadi mangsa.

“Sebuah kuil yang didirikan berdekatan juga terjejas berikutan pembangunan itu,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Khalid sepatutnya peka dan tidak boleh membelakangkan kepentingan ramai terutama apabila padang awam dan pondok rehat penduduk turut menjadi mangsa.

Penduduk yang mengadakan demonstrasi secara aman bermula jam 10 pagi itu turut mendakwa tindakan pemaju meletakkan sekeping notis supaya penduduk mengosongkan pondok rehat yang dibina sejak berpuluh tahun lalu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Kelab Warga tua Ijok, Tan Lin Tick, 65, berkata notis berkenaan tidak dipamerkan secara wajar sebaliknya diletakkan di pondok mereka berehat tanpa mengambil kira pandangan penduduk setempat. - Berita Harian

Inilah padah jika memilih pemimpin mata duitan. Habis segalanya nak dirompak. Memang dasar PENYAMUN TARBUS !

PRU-13 ni, rakyat Selangor mengundilah dengan bijak !

tqkgc

No comments:

Post a Comment