Salah satu dakwaan BERSIH adalah pengundi yang berkod kad pengenalan 71 adalah pendatang asing yang akan menjadi pengundi hantu. Maka pengundi yang berkod 71 adalah pengundi yang diragui mengikut fahaman BERSIH 3.0.
BERSIH 2.0 bertegas bahawa Pesuruhjaya Pilihan Raya telah dipertanggungjawabkan untuk membersihkan daftar pemilih. Terdapat lebih dari400,000 pengundi yang disyaki. Nama-nama pengundi yang disyaki ini telah ditemui oleh Malaysian Electoral Roll Analysis Project (MERAP).http://bm.bersih.org/?p=2697
Perkara ini mesti diselesaikan sebelum Pilihanraya Umum yang akan datang.
Lebih memeranjatkan lagi, penipuan terus-menerus dirancang. Kerja jahat ini telah diketahui oleh orang ramai. Ianya tidak dapat disorokan lagi. Penipuan ini telah menerima teguran Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaikan pilihan raya. Beberapa kes penipuan yang dirancang jelas kelihatan. Berikut adalah contoh:
- Dalam suku tahun terakhir 2011, tiada kematian dilaporkan di bawah Code 33 di Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, dan Tanjong Karang. Namun demikian, banyak sijil kematian telah dikeluarkan di tempat-tempat tersebut pada suku tahun itu. (Suku tahun keempat 2011)
- Pendaftaran dua kali ditemui ketika 15,520 pengundi di Sabah dan 8,585 pengundi di Sarawak didaftarkan semula di Selangor. (Suku tahun pertama 2012)
- Masih terdapat lebih 15 orang didaftarkan sebagai pengundi dalam sebuah rumah. (Suku tahun pertama 2012)
- Di Selangor sahaja, sebanyak 7,841 pengundi didaftarkan di bawah Code 71, code ini untuk warganegara dilahirkan di luar negara (Suku tahun pertama 2012). Siapa mereka ini?
Tapi bagaimana dengan ini?
apa lagi geng....kata la lagi..komplen la lagi...biar dikupas dibongkar pihak berwajib ....lebih banyak komplen lagi baik....senang nak tengok pemimpin mana yang nak d pilih...TQ admin
ReplyDeletemereka nie..ada agenda lain..
ReplyDeletenak menegak kebenaran banyak cara...bukan macam 3.0 lakukan..tuuiihhh...