INI maklumat yang baru penulis terima. Dikhabarkan bahawa kegemparan yang ditimbulkan lanjutan dari pendedahan gambar-gambar yang diekstrak dari video yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali kelmarin, akan berterusan.
Tapi membabitkan pemimpin dari parti komponen Pakatan Rakyat yang lain pula.
Penulis mendengar, pemimpin-pemimpin terlibat adalah 2 dari PKR, 1 dari PAS dan 1 dari DAP. Menurut sumber, skandal ini hanya menunggu masa untuk didedahkan pihak-pihak tertentu. Setakat yang dimaklumkan, pendedahan ini akan datang dalam pelbagai cara, ada dalam bentuk video, gambar serta keterangan-keterangan saksi tertentu.
Itu sahaja maklumat yang penulis ada, kalau ada yang lain penulis akan kongsikan disini.
Semua ini (kalau-kalau benar berlaku nanti) penulis lihat bakal mengusutkan senario politik negara yang sudah sedia kusut dengan pendedahan gambar dari video yang membabitkan Azmin.
Gambar dari video yang satu itu pun masih lagi terkial-kial mencari strategi yang betul untuk mengatasinya, yang baru pulak dah sampai. Cara mudah, menuduh semua itu adalah fitnah, tapi kalau dah terang dan jelas, nak dikatakan fitnah macam mana lagi?
Semalam pun penulis melihat, sudah ada blog-blog UMNO yang membandingkan gambar-gambar Azmin memakai baju yang sama dengan yang dipakai oleh ‘individu’ dalam video seks tersebut.
Bukan satu, tapi dua.
Siapalah dalang disebalik penyediaan dan pengedaran semua bahan-bahan lucah yang boleh menjatuhkan maruah pemimpin terbabit, masih menjadi tanda tanya yang besar. Seolahnya, ada usaha bersepadu untuk menjahanamkan maruah pemimpin politik pembangkang di Malaysia dengan kaedah yang jelas tidak bermoral ini.
Setakat hari ini, penulis tidak lagi mendengar wujudnya teknologi yang boleh menukar wajah individu asal kepada individu lain di dalam rakaman video. Gambar ada, video penulis belum pernah dengar lagi.
Kalau dicari orang muka sama atau hampir sama itu mungkinlah, tapi ada banyak ciri-ciri lain yang boleh menentukan sama ada individu tersebut adalah individu yang sama atau tidak.
Apa pun, yang pasti, ia adalah satu usaha besar dan terancang. Bukan calang-calang orang dan wang, boleh melakukan perkara seumpama ini kalau tidak dinaungi payung yang lebih besar.
Penulis mahu saja menuduh UMNO tapi penulis tidak ada bukti.
Penulis tidak bimbang kalau semua ini adalah pembohongan yang direka musuh-musuh politik pemimpin terbabit, kerana yang pasti, kebenaran akan mengambil tempat juga akhirnya – tidak kira berapa lama masa yang diambil.
Yang paling penulis bimbangkan ialah ada diantara 4 pendedahan tersebut (kalau bukan semua), yang benar!!!
Ini yang sukar nak dibayangkan. Penulis harap, adalah strategis-strategis Pakatan Rakyat yang sudah memikirkan sesuatu yang nak dibuat jika benar perkara ini tersebar nanti.
TQSuaraPakatanRakyat.com
PR ni kalau ceramah berapi2 smpai semua orang terpegun tapi kalau buat kerja semua orang cemuih pasai depa memang tak reti bua kerja ...
ReplyDeleteapa2 pon mai la jenguk-jengok kat blog SyedAbuSayyaf ... video sempoi punya dok ada ...
http://syed-abu-sayyaf.blogspot.com/2012/05/nyonya-biadap-bersih-di-bershitkan.html
barisan pembangkang mmg banyak video lucah sebab semua tu adalah jawapan bagi permasalahan yang diutarakan oleh mereka. jawapan mereka video sek...
ReplyDelete