China Press m/s C 21
11 Mei 2012 (Jumaat)
BN Bodoh? BN Tidak Tahu Macam Mana Nak Berlakon
Penulis: Puan Soon Tien Bee
Melihat menteri dalam negeri Datuk Seri Hishamudin umumkan nama-nama jawatankuasa penyiasat bebas perhimpunan Bersih 3.0 428 (28 April), rasa geram atau tidak? Memanglah rasa geram! Tidak perlu tunggu hasil keputusan siasatan, pasti memihak kepada kerajaan BN!
Yang mengetuai penyiasatan ini Tun Hanif Omar, sebelum ini beliau telah pun menyatakan pendirian beliau, sama pendiriannya dengan kenyataan dan pendirian Datuk Seri Najib, anggap perhimpunan tersebut dirancang oleh orang-orang yang berniat jahat; lesen-lesen media Sinar Harian dan 4 buah akhbar Cina tempatan (media chineseatau dikenali United World Chinese Media) di bawah kuasa tangan Hishamudin, eksekutif pengarang Sinar harian ( pengarah urusan Kumpulan Media karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub dan penasihat undang-undang media Chinese International Liew Peng Chuan lebih berhati-hati jika mahu keluarkan sebarang kenyataan; petronas dan UKM adalah di bawah perbadanan syarikat Kerajaan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Profesor Dr. Ruszmi Ismail UKM. Beranikah mereka semua itu ingkar kepada kepada kerajaan?
Apa yang disebutkan di atas, saya sebagai rakyat biasa yang kurang bijak ini, apabila melihat nama-nama ini dan syarat-syarat serta kelayakan mereka, tindak balas pertama orang ramai ialah, kita tidak berniat untuk memburuk-burukkan orang lain. Mungkin juga kerajaan BN tidak merancang semua ini, kerana mereka melihat dari segi Haniff Omar yang bijak membongkar kes, dimana Hussamuddin Yaacub berpengalaman luas, Liew Peng Chuan pula mahir terhadap bidang undang-undang, Datuk Medan Abdullah bersikap teliti dan berhati-hati, kepakaran Profesor Dr. Ruszmi Ismail lebih kepada psikologi tentang kumpulan dan kemasyarakatan?
Adakah Orang Ramai Boleh Mempercayainya?
Orang ramai juga berfikiran seperti saya, walaupun penyiasat ini dikatakan penyiasat bebas, pendirian mereka begitu luar biasa, adakah orang ramai boleh mempercayai hasil siasatan ini?
Dalam masyarakat demokrasi jika ahli-ahli politik mahu redakan kemarahan orang ramai dan mahu menawan jiwa orang ramai, jangan sesekali menentang orang ramai, bercakap sewenang-wenangnya, lidah umpama seperti bunga teratai, supaya rakyat anggap ahli-ahli politik begitu simpati kepada orang ramai yang ditimpa bencana, cari masa yang sesuai keluarkan lagi duit untuk mendapat simpati dari rakyat, pasti kamu akan miliki dunia ini.
Cara seperti ini ketua menteri Pulau Pinang lebih bijak gunakannya. Selepas setahun lebih jadi ketua menteri beri orang-orang tua berusia 60 keratas seorang 100 ringgit setiap tahun; boleh dikatakan setiap hari terpapar di dalam akhbar (Zon Pulau Pinang) “bersuara untuk rakyat”, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghentam kerajaan Barisan Nasional yang bukan-bukan; memboikot media-media yang bertindak tidak baik kepada Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat cuba menggunakan taktik mengelabukan maklumat berita dan secara bebas dan tersendiri menidakkan kebenaran untuk melepaskan diri; menggunakan sepenuhnya sumber kerajaan negeri, gunakan perhimpunan duduk diam 428 (28 April) di Pulau Pinang untuk mengangkat kewibawaan diri, sehingga dapat memberi peluang kepada pihak penganjur jadikan perhimpunan Bersih di Pulau Pinang manusia-manusia “telus”.
Jika dibandingkan cara-cara Pakatan Rakyat Pulau Pinang, BN kelihatan bodoh. Kebodohan kerana otak terlalu beku, apa yang dicakap dan apa yang dilakukan buat orang ramai semakin marah; yang paling bodoh sekali BN tidak tahu menggunakan lakonan-lakonan yang hebat dalam permainan politik untuk menawan jiwa rakyat.
Jika pasukan penyiasat ini dilakukan oleh orang-orang pihak luar negara serta dihias cantikkan, pasti rakyat akan gembira dan rasa ghairah, selepas itu barulah kerajaan BN boleh menggunakan kemahiran kawal penyiasat-penyiasat tersebut, supaya mereka dapat hasil siasatan mereka, dan tidak akan ada sesiapa yang tahu perkara yang sebenar? Masalahnya sekarang ini kerajaan BN bodoh sangat! Sebab itu jika PRU akan datang ini BN kalah ataupun menang yang tidak seberapa, puncanya hanya satu sahaja, kalah kerana bodoh!
*Tolong sebarkan komen 'pandai' ini daripada wartawan China Press. BN memang tak pandai berlakon macam pembangkang. Dan rakyat tahu menilai keikhlasan, ketelusan dan kejujuran BN tanpa aksi lakonan seperti pemimpin pembangkang.
Memang ultra kaisu sukar nak dilayan. Sebenarnya tak perlu dilayan pun. Kerana dilayan macam mana pun mereka tidak akan puas hati. Indonesia sudah pernah menunjukkan contoh. Perlukah kita ikut ??
ReplyDeleteNama salah! Dr Rozimi bukan Dr Ruszmi
ReplyDeleteDr Rozimi banyak keluarkan artikel jurnal pasal sosioekonomi cthnya gejala mat rempit, migrasi, dll....buleh cari di laman web UKM. memang berguna dibaca
Aku rasa kita buat mcm kat Indonesia 1998 baru tau dia org ni
ReplyDelete