Sumber : http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=13741 |
Laman portal PAS, Tranungkite melaporkan bahawa ada di antara Unit Amal PAS menarik diri daripada menjaga kawasan Dataran Merdeka.
Kekesalan Unit Amal PAS jelas dalam ayat terakhir artikel tersebut:
Unit Amal bergerak dengan asas Amal Kerana Allah dan Hormat pada pimpinan. Bagaimana kamu nak mereka bergerak bersama kamu apa bila dua asas itu kamu nafikan??
Fahamilah sejarah demonstrasi PROTES di Stadium Kelana Jaya tiga tahun lepas.
Seperti minyak dan air tak boleh bercampur, begitu juga dengan perkara maksiat dan agama. Walaupun dalam artikel di atas cuba ditutup dengan mengatakan bahawa sebab utama mereka menarik diri kerana kurang kerjasama pendemo, cuba anda lihat gambar di bawah. Adakah Unit Amal PAS nak jaga orang-orang macam ni?
MyMassa suka untuk bangkitkan kembali apa yang berlaku pada demonstrasi PROTES sebagaimana diungkit dalam ayat terakhir artikel tersebut. Di mana PKR cuba menyerapkan budaya HEDONISME dengan menganjurkan konsert band underground di bawah kelolaan Hishamuddin Rais. Hasilnya band tersebut bertindak di luar kawalan sehingga membuka seluar di depan penonton. Yang serang band ini bukan pemuda UMNO, tapi unit amal PAS sendiri!
Mari kita tengok berapa lama lagi PAS boleh bertahan dengan PKR yang sering kali cuba mengajak PAS lari dari perjuangan mereka.
*Sama ada PAS bertahan dengan PKR bergantung kepada gerak kerja parasit Anwar Ibrahim seperti Mat Sabu dan Khalid Samad bergerak. Kalau mereka berjaya menguasai PAS dan membuang kumpulan ulama secara total, PAS akan terus menerus dalam Pakatan Pembangkang.
+ comments + 1 comments
Tahniah AAKJ. saya amat kagum dengan usaha dan berita2 dari tuan. Justeru, saya ingin juga menjadi salah seorang jentera serangan. Pautkan blog saya ini di dalam blog saudara...Terima kasih.. www.myhomesoil.blogspot.com
Post a Comment