Monday, April 23, 2012

SELANGOR !! TOKONG CINA D ROBOHKAN GUNA SAMSENG !! RONNIE TUNJUK GEDEBE ?!!



Pada awal bulan Mac, 2012, laman web media baru kerajaan negeri Media SelangorKu sini membuat satu spin atau putarbelit untuk memberi gambaran nelayan Kampung Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor menolak pampasan yang diberi untuk pembinaan jati dan rumah nelayan di atas tanah LKIM.
Rupanya ia hanya satu usaha Ronnie Liu, exco negeri untuk mengaburi mata awam keapda keadaan sebenar. Semalam lebih kurang pukul 4 petang, 70 orang samseng telah dihantar oleh pemaju kroni Ronnie yang dilantik kerajaan negeri Selangor untuk merobohkan kuil tokong kepunyaan masyarakat Cina setempat. Kekecohan berlaku hingga pasukan FRU terpaksa diturunkan untuk membantu mengawal keadaan.
Ketika projek ini hendak diusahakan oleh Kementerian Pertanian pada akhir 2009, pihak kerajaan telah berbincang dengan pengurusan tokong dan penduduk yang akan dipindahkan. Minit Mesyuarat juga ada memnunjukkan persetujuan penduduk di situ kepada projek LKIM ini.
Sebaik saja projek ini mahu dimulakan, Ronnie Liu cuba menggagalkan dengan mengarah pihak PBT tempatan mengeluarkan srat arahan “stop work”.
Arahan menghentikan projek di letak di perkarangan tokong Sei Ling dimana tiada projek di hadapan tokong dan tanah milik LKIM yang mahu dibangunkan untuk rumah nelayan adalah disebelah tanah tokong untuk menggantikan rumah nelayan yang duduk di tanah yang akan dibangunkan jeti.
Selain mendapat rumah nelayan yang dibina oleh LKIM untuk menggantikan rumah mereka yang ada, nelayan juga diberi wang pampasan yang cuba diputarbelit media kerajaan negeri dan penyokong DAP sebagai tidak menjanjikan tempat untuk berteduh.
Ronnie Liu datang bertemu penduduk dengan cuba memutarbelit fakta dan konon nak jadi pembela mereka, sebelum Dato Noh Omar datang sendiri bertentang dengannya untuk membetulkan pembohongannya. Ronnie Liu tidak berupaya menjawab. Apabila diugut dengan saman, baru Ronnie Liu sedia berundur dan hentikan kekecuhannya.
Berikut adalah laporan berita dari bulan Disember tahun 2009:
Noh Omar dakwa Exco Selangor itu cuba gagalkan projek jeti, rumah nelayan di Pasir Penambang
SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar mencabar Ronnie Liu untuk meletak jawatan kerana mendakwa Exco Selangor itu cuba menggagalkan projek pembinaan projek pembinaan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan empat rumah bagi nelayan di Pasir Penambang.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, 13 November lalu, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengeluarkan surat kelulusan membenarkan memulakan kerja pembinaan empat Unit Rumah Penempatan Setinggan.
Bagaimanapun katanya, Ronnie telah menulis surat kepada MDKS 20 November lalu mengarahkan kontraktor menghentikan sebarang kerja-kerja di pekarangan Tokong Sei Ling dan merobohkan semua binaan haram di sekitarnya.
“Tiba-tiba sahaja, Ronnie membenarkan semula kerja-kerja pembinaan setelah menerima surat bertarikh 26 November daripada MDKS.
“Ini arahan dia. Kalau dia cabar saya, sekarang saya kemukakan bukti, kalau dia betul-betul `gentleman’ eloklah letak jawatan,” katanya sambil menunjukkan dokumen terbabit, semalam.
Kelmarin, Ronnie memberi amaran kepada Noh agar tidak mencampuri urusan pemberian tanah kepada dua keluarga di Pasir Penambang.
Ronnie dilaporkan berkata, urusan pemberian tanah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat tidak mempunyai hak untuk mencampurinya.
Terdahulu, Ronnie dan Noh bertegang leher dalam satu sesi dialog mengenai isu pemberian tanah kepada dua keluarga yang terbabit dalam projek pembinaan jeti LKIM, Ahad lalu.
Noh berkata, Ronnie tidak layak menjadi pemimpin kerana bersikap ‘lempar batu sembunyi tangan’ kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan tindakannya menghalang projek berkenaan, sebaliknya cuba menunding jari kepada Kerajaan Pusat.
“Sekiranya beliau seorang yang jujur dan bukannya penipu, takkan beliau lupa yang beliau sendiri menulis surat kepada MDKS,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.
Rupanya tidak habis dendam Ronnie Liu terhadap kaumnya sendiri.


Ekoran usaha untuk meroboh Tokong Cina Kampung Nelayan ini, hairan pula dimana pula Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75 yang sampai melakukan sesuatu yang meragukan untuk berdoakan untuk Tokong Mee Thor Gan di Ampang. Baca di sini.
Kenapa tidak dia hantar dua bas juga ke Kuala Selangor untuk bukan saja mendoakan tetapi menghalang usaha meroboh Tokong oleh PBT tempatan yang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat?


DETAIL KAT SINI ;
http://sel13.com/archives/2062?utm_medium=referral&utm_source=pulsenews

No comments:

Post a Comment