SHAH ALAM, 19 Apr - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kini dijadikan alat tunggangan pembangkang bagi menjanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam meraih sokongan pada pilihanraya umum yang akan diadakan nanti.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama pelajar Universiti Teknologi Mara pada program Pemimpin Turun Kampus Bersama Anak-anak Selangor malam tadi.
Noh Omar turut menegaskan ramai pihak telah menyedari agenda ketua pembangkang itu dan sudah tidak mahu lagi dijadikan alat bagi beliau untuk menjayakan cita-cita peribadi.
"Pembangkang kini beralih kepada penuntut IPT kerana sudah tiada pihak lain yang boleh diperalat. Kalau dulu semasa pilihan raya umum 2008, pembangkang menggunakan Hindraf, kini masyarakat India sudah kurang memberi sokongan," katanya.
Dalam sesi soal jawab tersebut, beliau mengingatkan pelajar untuk mengelak daripada menjadi kuda tunggangan pembangkang dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan terus menumpukan perhatian agar memperolehi ijazah kepujian kelas pertama, sekali gus tidak perlu membayar balik pinjaman PTPTN mereka.
"Bagaimana mahu mendapat 'First Class Honours, kalau sibuk melalak dan berdemo di Dataran Merdeka, kelas pun tak pergi sebab berdemo," kata Noh Omar.
Beliau mengingatkan pelajar untuk membuat kajian mengapa negara Norway boleh memberikan pendidikan percuma namun pada hakikatnya, rakyat negara itu dibebankan dengan yang tinggi.
"Jika kerajaan mengikut kehendak mahasiswa ini, negara akan dibebankan dengan pula dengan masalah kenaikan subsidi bagi bahan api, makanan dan keperluan asas yang berjumlah RM30 bilion setahun," katanya.
Noh Omar juga sempat melontarkan cabaran kepada kerajaan negeri Selangor untuk memberikan pendidikan percuma kepada pelajar di Universiti Selangor kerana negeri itu sudah maju dan terkaya di Malaysia.
MEHH SINI ;
No comments:
Post a Comment