Friday, April 27, 2012

MAHKAMAH PERINTAH JIJIK 3 SUKU DILARANG JEJAK DATARAN MERDEKA



 

Mahkamah perintah BERSIH, orang awam dilarang memasuki Dataran Merdeka

Mahkamah Majistret di sini, mengeluarkan perintah melarang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka, esok.


Magistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah itu jam 8.30 malam tadi berikutan permohonan yang dibuat pihak polis, kata Ketua Polis Bandaraya, Datuk Mohmad Salleh, hari ini.
Perintah mahkamah itu menghalang penganjur perhimpunan dan orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam ini sehingga Isnin.
"Sesiapa yang diberkas kerana mengingkari perintah mahkamah boleh ditahan dan didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya," katanya.


tq-beritaharian

No comments:

Post a Comment