Label 10

Home » » AMBIGA & ANWAR JANGAN DUDUK ATAS JALANRAYA

AMBIGA & ANWAR JANGAN DUDUK ATAS JALANRAYA

Written By AAKJ on Friday, April 27, 2012 | 11:20 PM



  


DBKL minta penganjur BERSIH 3.0 tidak duduk atas jalan raya 

 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meminta kerjasama penganjur Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 3.0 supaya tidak duduk di atas jalan raya selepas menolak permintaan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, di sini. 


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, berkata jika kumpulan terbabit masih mahu meneruskan progran itu, mereka boleh berarak dan berhimpun di kaki lima tanpa menjejaskan aliran trafik di sekitar bandaraya hingga menyusahkan orang ramai.
"Dalam pertemuan sebelum ini, mereka kata mahu duduk atas jalan kalau kita tidak beri mereka masuk ke Dataran Merdeka. Susahlah kalau macam ini, bila tidak puas hati saja mahu duduk atas jalan.
"Ini menyusahkan orang ramai dan jangan jadikan ia satu budaya. Kita bukan mahu halang mereka (berhimpun), malah sudah beri beberapa lokasi alternatif. 

"Bagaimanapun, mereka yang enggan terima cadangan kita dan cuba mengelirukan keadaan, selain tetap berkeras mahu berhimpun di Dataran Merdeka," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini pagi tadi. 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger