LIVE !!! DATARAN MERDEKA !!! BANGSAKU DALAM DILEMA !!!
Bangsaku Dalam Dilema.
Dahulu kita pernah berpecah,
Dahulu kita telah dijajah,
Dahulu kita mencari damai,
Dahulu kita mengejar merdeka,
Dahulu kita menjadi hamba,
Dahulu kita menggalas badai,
Hari ini bangsa kita berpecah,
Hari ini bangsa kita berdarah,
Hari ini bangsa kita dijajah,
Hari ini bangsa kita ditipu,
Hari ini bangsa kita dibeli,
Dimana cita-cita kebebasan,
Dimana cita-cita keamanan,
Dimana cita-cita kemajuan,
Sekiranya bangsaku masih dalam dilema.
Perhimpunan haram yang akan diadakan esok hanyalah bertujuan untuk melihat bangsa Melayu, negara Malaysia hura-hara, keamanan kemakmuran hancur kerana rakyat berpecah-belah. Media antarabangsa bersedia membuat liputan luas supaya negara kita yang sebelum ini dihormati, diiktiraf sebagai negara yang aman, dilihat mencapai kehancuran seperti negara-negara islam yang lain. Penjajah minda sedang berlaku dan ianya dipimpin oleh seorang yang bukan beragama islam, yang memperjuangkan gejala seks bebas, gay, lesbian, menyokong orang islam yang murtad dan sebagainya. Saya menyeru kepada umat Islam, Bangsa melayu supaya bersatu, melihat kesusahan negara masa dahulu, bertindak dgn akal fikiran yang waras. Kepada yang bukan beragama Islam, negara kita menghormati hak-hak kepercayaan agama bangsa lain, menikmati pemberian subsidi kepada semua rakyat Malaysia. Sekiranya anda semua sangsi dan tidak percaya akan pentadbiran kerajaan yang ada pada hari, kita boleh membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Shahrul Nasrun B. Kamarudin
Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia
Macam-macam cara penipuan sekarang ini.Bagi anda semua yang berfikiran waras..kalau boleh hindari dari berurusan hal kewangan dengan mereka yang membuat tawaran di Internet.Amat merbahaya.Kalau dah kena, alamat pergi juga ambil upah buat demo nak tawan Dataran Merdeka.
ReplyDeleteSetuju dgn kakak tua, sebenarnya yg menjahanamkan bangsa itu adalah bangsanya sendiri, tiada istilah prihatin dan sharing jika melibatkan skim2 yg sebegini kononnya nak kongsi ajak buat duit melainkan demi utk kepentingan sendiri.
ReplyDelete