DARI RAKAN FACEBOOK !! TERIMA KASIH !
60 penduduk Kg. Kederak sangkal dakwaan Pas!!!
TANAH MERAH 3 Mac - Seramai 60 bekas ahli Pas dari Kampung Kederak dekat sini yang menyertai UMNO baru-baru ini tampil menunjukkan bukti bahawa mereka adalah ahli parti itu dan bertindak keluar kerana kecewa dengan Kerajaan Pas Kelantan yang tidak pernah menunaikan janji mereka.
Kesemua bekas ahli Pas itu tampil menunjukkan sijil keahlian parti selepas timbul cakap-cakap bahawa mereka adalah ahli UMNO sejak dahulu lagi.
Mereka menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya pandai menabur janji seperti projek pembangunan tetapi tidak pernah ditunaikan.
Wakil kumpulan itu, Zain Saamah, 51, menegaskan, kesemua mereka meninggalkan Pas dan mendaftar sebagai ahli UMNO secara sukarela tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.
"Keputusan ini datang sendiri selepas kami melihat kemajuan yang berlaku di persekitaran sedangkan di kampung ini masih sama sejak dahulu hingga sekarang.
"Kampung kami tidak mengalami perubahan dan kehidupan perlu diteruskan dan ditambah dengan tanggungjawab keluarga yang tidak dapat dielakkan," katanya pada Majlis Kesyukuran Sempena Penubuhan UMNO Cawangan Kampung Kederak di sini malam tadi.

No comments:
Post a Comment