Label 10

Home » » MAHPUZ OMAR PENJAGA STOR JUAL CERITA KEMENTERIAN BELIA&SUKAN TAJA HASSAN ALI ?!!

MAHPUZ OMAR PENJAGA STOR JUAL CERITA KEMENTERIAN BELIA&SUKAN TAJA HASSAN ALI ?!!

Written By AAKJ on Saturday, March 3, 2012 | 6:00 PM


SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa salah satu unit di bawah kementeriannya menaja lebih 2,000 program ceramah bagi Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai satu pembohongan.

Beliau melalui satu kenyataan di laman sosial Facebooknya, Shabery menyatakan rasa terkejut dengan dakwaan itu.

"Di pagi Jumaat ni terkejut dengan pembohongan Mahfuz Omar mengenai KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

"Rasanya beliau perlukan rawatan kaunseling!" kata beliau dalam kenyataan segera petang semalam.

Pada satu sidang media pagi semalam, Mahfuz mendakwa sebuah unit belia di bawah Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 siri ceramah Hasan, yang dipecat parti itu Januari lalu, dalam masa terdekat ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Mahfuz berkata, unit itu yang dinamakan ‘cawangan strategi urat saraf’ tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Saya difahamkan, kos bagi 2,000 siri jelajah itu berjumlah RM30 juta. Hasan Ali diberi tugas untuk mendekati golongan belia dalam siri ceramahnya di seluruh daerah," katanya.



tqpadangtemusu
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger