Menurut jurucakap hotel tersebut, pihaknya tidak mempunyai masalah memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan polis sekiranya diminta berbuat demikian untuk membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu itu.
"Tiada masalah untuk menyerahkan rakaman CCTV tetapi ia perlu mengikut prosedur yang akan ditetapkan oleh pihak hotel ini.
"Sebelum ini pun, apabila berlaku kes jenayah kecurian, pihak kami akan memberi rakaman CCTV tersebut kepada polis bagi membantu siasatan.
"Tambahan pula apabila dikatakan ada kejadian membelasah pelanggan yang mencalar imej hotel ini, kita sedia bekerjasama kalau polis mahu menyiasat," kata jurucakap itu lagi ketika dihubungi semalam.
TQPADANGTEMUSU
Hahhhahah....dpt tengok bini org menyusup masuk hotel ikut lif mana!!! Lif Bomba ke? Lif barang ke? Atau panjat tangga!!!!!
ReplyDelete