Monday, March 5, 2012

IBU MANGSA ROGOL ARTIS HIP HOP TAMPIL BUAT PENGAKUAN !!

hiase


Bulan lepas kita mendapat berita tentang seorang anggota kumpulan Hip Hop dan R&B yang dilaporkan kepada polis oleh anak tiri beliau yang berusia 14 tahun telah merogolnya sejak berusia tujuh tahun pada pukul 11 malam, Februari 2012. Suspek yang berusia 37 tahun yang dikatakan juga pernah berlakon dalam sebuah filem, telah ditangkap di rumahnya di Gombak Jaya, Kuala Lumpur pada pukul dua pagi hari berikutnya.

Sehubungan itu ramai pihak yang telah membuat spekulasi siapa suspek tersebut. Mangsa dikatakan membuat laporan kerana sudah tidak tahan dijadikan hamba seks oleh bapa tirinya, di samping bimbangkan keselamatan adik perempuannya yang lain.

Tengah hari semalam, ibu kepada mangsa rogol itu telah muncul dalam rancangan sensasi Melodi terbitan TV3, melalui segmen Panas, menerangkan keadaan bagi pihaknya.

Ibu mangsa yang tidak dapat mengawal kesedihan semasa diwawancara oleh Dalili Michelle, mendakwa dia tidak tahu yang anaknya itu dirogol walaupun dia sering bertanya kepada anaknya. Memetik kata beliau melalui rancangan Melodi, anaknya itu sebelum ini memberikan alasan disepak kawan atau terjatuh tangga apabila ditanya mengenai lebam-lebam di bahagian badannya dan anaknya itu juga sering mengenakan berlapis-lapis pakaian.

Oleh sebab itu dia amat terkejut apabila dihubungi polis, dan diberitahu yang anaknya itu telah melaporkan yang dia telah dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun, dengan kejadian terakhir berlaku pada 9 Februari.

Beliau berkata pada waktu dia dipanggil polis, dia sedang bekerja. Setelah sampai ke balai polis, dia melalui beberapa prosedur dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan rogol lama dan baru pada anaknya. Beliau bertanya kepada anaknya kenapa tidak beritahu semasa ditanya sebelum ini, anak itu menjawab yang dia tahu ibunya syak sesuatu, tetapi dia tidak memberitahu kerana tidak mahu ibunya kecewa, disebabkan suspek ialah suaminya.

Ketika ditanya sama ada dia percaya tuduhan terhadap suaminya oleh polis, dia dipetik sebagai berkata:

Ketika ditanya oleh polis, saya tidak percaya, kerana suami saya nampak sangat alim. Sehingga empat doktor memeriksa anak saya dan memberikan kaunseling, dan terdapat bukti, barulah saya percaya yang suami saya telah merogol anak saya.

Dia turut memberitahu yang anaknya telah menulis deskripsi bagaimana dia dirogol dengan kasar, dan apa yang menyedihkan ialah ibu mangsa berkata dia berasa kasihan pada anaknya kerana boleh membayangkan perlakuan tersebut—dia juga diperlakukan sama oleh suaminya.

Turut menambah, kesan terhadap pendedahan tersebut, dia merasa malu ke mana pun dia pergi. Dia menceritakan telah pergi ke sekolah untuk memohon cuti buat anaknya, tetapi semua orang tahu tentang kes tersebut.

Tuhan saja yang tahu, hancur hati seorang ibu. Tak tahu hendak cakap bagaimana.

Tidak cukup dengan itu, ketika dia pulang dari balai polis untuk membantu kes anaknya, barang-barang milik dia dan anak-anak telah dibalut dalam plastik sampah dan diletakkan dalam beg pakaian, sebelum dicampakkan di luar rumah oleh individu-individu yang tidak dinamakan, yang tidak mempercayai anak itu dirogol.

Menurutnya, dia memohon agar masa berpusing kembali supaya apa yang telah terjadi tidak berlaku.Dia turut berkata dia berbangga anaknya memberitahu tentang perkara ini sekarang.

Suspek itu kini bebas dengan ikat jamin, tetapi ibu mangsa mendakwa dia tidak dibenarkan menghampiri dia dan anak-anak atas arahan pihak polis.

Buat masa ini, dia sedang menunggu keputusan ujian sampel darah yang boleh mengesan perogol anaknya di samping menyara kehidupan anak-anaknya.

Dia memberitahu dia muncul di Melodi untuk meminta pengertian masyarakat yang mengkritiknya seolah-olah dia ibu yang tidak bertanggungjawab. Menurutnya suaminya tidak pernah memberi nafkah, jadi dia perlu keluar mencari rezeki untuk mencukupkan keperluan anak-anaknya.

Ibu mangsa turut menceritakan yang sebelum ini, semasa anaknya masih kecil, anaknya sering diugut oleh suspek yang dia akan memukulnya sehingga wajahnya tidak dikenali oleh ibunya sendiri sekiranya memberitahu perlakuannya pada sesiapa. Apabila suspek sudah remaja, dia berkata pula dia akan menyasarkan adik mangsa sekiranya mangsa enggan menuruti kehendaknya.

Akhir sekali, dia meminta sesuatu dari masyarakat:-

Tolonglah, apabila sudah tahu anak saya dirogol, terutamanya cikgu-cikgu yang memberikan senyuman sinis seolah-olah bertanya apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu, tolonglah berhenti. Saya pun tidak tahu perkara ini hendak terjadi, tolonglah jangan berikan saya “pandangan itu”.

Sekiranya anda hendak menonton klip wawancara tersebut, sila ke laman sesawang Tonton.


tqctnhoney

No comments:

Post a Comment