Tuesday, February 28, 2012

MENJADI TETAMU ALLAH !! 1PERKONGSIAN..ZIARAH SAHABAT YG SYAHID D UHUD !! siri 6

gambar dari dalam bas..bukit yang tempatkan 50 pemanah..


renunglah bila musuh mula rasa mereka kuat...

....sehabis perang Uhud itu kekejaman musuh semakin bertambah juga. Jenazah jenazah tentera Islam yang bergelimpangan di medan perang, mereka koyak koyak dan hinakan. 

Dengan ramainya korban orang orang Islam dan sedikitnya korban di pihak mereka, mereka sama sama menyombongkan diri kerana mengira bahawa tentera Islam akan dapat dibinasakan semuanya. 

Yahudi Madinah mulai ingin bersahabat dengan bangsa Quraisy untuk menyerang orang Islam, melanggar janji yang sudah mereka tandatangani di hadapan Nabi sendiri. Kaum munafik (yang bergabung dengan orang Islam, kerana takut dan lain alasan, bukan kerana keinsafan), makin terang terang mengkhianati kaum Islam....

lukisan ni baru je siap..walaupun nampak ringkas tapi ada usaha nak permudahkan cerita..

Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.


Inilah pelukis mural d dinding kawasan perang uhud..nak jadikan rezeki dapat lihat sendiri bagaimana budak muda ini selamba je berkarya..hehe tak serabut nak berdemo..





Kawasan Makam Syuhada Uhud..di dalamnya terdapat makam bapa sedara kesayangan Baginda saw..Saidina Hamzah r.a yang gugur syahid dan dadanya d belah serta hatinya cuba d kunyah oleh Hindun..isteri Abu Sufian r.a sebelum dia peluk Islam...

sayup kelihatan kubur Saidina Hamzah r.a


Saidina Hamzah r.a. merupakan bapa saudara kepada Rasulullah SAW, iaitu dari sebelah bapa Baginda. 

Beliau Dilahirkan pada tahun 570 Masihi, di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau sangat rapat dengan Rasulullah SAW sejak kecil. Hobi beliau adalah memanah dan memburu. 

Beliau pernah memukul Abu Jahal yang menampar Rasulullah SAW. Beliau juga digelar 'Asadullah' yang bermaksud 'Singa Allah" kerana keberaniannya di medan perang. 

Juga digelar 'Sayyidus Syuhada' (penghulu orang yang mati syahid) kerana mati dalam peperangan Uhud pada tahun ke 3 Hijrah dan dimakamkan berdekatan Bukit Uhud.


AL-FATIHAH !

Beliau gugur sebagai syuhada semasa Perang Uhud setelah ditikam curi dengan lembing oleh seorang hamba sahaya bernama Wahsyi bin Harb yang dijanjikan pembebasan oleh pemiliknya, Jubair bin Muth'im, sekiranya dapat membunuh Saidina Hamzah. 

Setelah dibunuh, hati beliau telah dilapah oleh Hindun bt Utbah, isteri Abu Sufyan kerana ingin membalas dendam di atas kematian bapanya,Utbah bin Rabi'ah.


Nun jauh d sana..d situlah 50 pemanah yang d tempatkan Nabi saw..mereka langgar arahan Baginda saw dan akhirnya Allah swt tunjukkan betapa semudah itu kiranya langgar apa yang d bawa Nabi saw maka kesan yang amat buruk akan berlaku samada pada yang engkar atau yang tidak berdosa...BALA DATANG BUKAN DALAM BENTUK ZIG ZAG !


Biasanya d sini ambo beli Kurma Nabi saw..KURMA AJWA namanya..agak beza harganya kalau beli d kota Madinah..hehe beza jugalah rm20/kilo..tu pun kena pandai pilih gred..ada yang versi murah..

Terdapat 1,400 jenis kurma di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, kurma Ajwa merupakan yang paling dikagumi. Kurma Ajwa dianggap sebagai yang terbaik di dunia dan sangat istimewa terutama bagi kaum Muslim kerana kurma berkenaan mempunyai berbagai khasiat dan ia merupakan kegemaran Nabi Muhammad saw.

Kurma Ajwa yang pertama ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah sekitar 14 abad yang lampau. Masa kini jumlah pokok kurma Ajwa di Madinah hanya sekitar seratus pokok sahaja.


wallahualam..bersambung...

No comments:

Post a Comment