DUN Pasir Pekan berada di bawah Parlimen Tumpat. Sekian lama isu maksiat yang berleluasa di Tumpat hangat diperkatakan termasuklah di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tiada sebarang tindakan serius dilakukan untuk mengatasinya. Malah aktiviti maksiat yang termasuklah karaoke haram dan disko rimba yang sebelum ini terbatas kepada beberapa kelompok masyarakat Siam di situ kini telah merebak ke premis kekal dengan peralatan serba canggih.
Berikut adalah rakaman siasatan yang dilakukan oleh agen Johnson dan Bro Torpedo di Bandar Baru Pasir Pekan. Premis hiburan ini selain menghidangkan minuman keras kepada orang Islam dan bukan Islam turut menyediakan kemudahan berjudi dan pelayan-pelayan perempuan daripada Thailand.
Jika anda mahu dan mampu, anda boleh lakukan banyak perkara bersama pelayan perempuan daripada Thailand ini. Pada waktu-waktu tertentu, perempuan daripada Thailand ini di ‘sembunyikan’ di unit sebelah premis berkenaan untuk tujuan keselamatan.
Segala-galanya ini berlaku dengan selesa tidak lebih lima kilometer dari kediaman Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Beberapa hari lepas Nik Aziz berkata, jika BN berjaya menawan Negeri Kelantan di dalam PRU ke 13 kelak, akan membiaklah riba dan judi di Kelantan.
Bagaimana pula di bawah pentadbiran Nik Aziz sendiri? Apakah kerana BN berjaya menjadi Pembangkang di Kelantan selama lebih 21 tahun menyebabkan kegagalan Nik Aziz membanteras judi dan maksiat di Kelantan? - seterusnya
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik
-
Penggantungan Tajudin Rahman Di Tarik Balik Ibarat biduk berlalu,
kiambang bertaut. Demi perjuangan untuk agama, tanah air dan bangsa,
ketepikan persel...
15 hours ago
Post a Comment