Dalam bahasa Arab dan al-Quran , bala bermaksud ujian baik dan ujian buruk yang dihadapi seseorang. Bala (cubaan) pula boleh merupakan dalam perkara baik dan perkara tidak baik, menurut kamus tersebut. Jadi yang dimaksud bala dalam agama itu bukan hanya bencana sahaja, tetapi kemewahan hidup pun juga termasuk bala.
Allah berfirman:
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kejahatan dan kebaikan sebagai bala (cubaan), dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
(al-Anbia’: 35)
(al-Anbia’: 35)
Dari pengertian di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa bala itu datang tidak kira masa dan tempatnya dan ia memusnahkan segalanya. Bala juga merupakan ujian dari Allah kepada umatnya untuk menguji kesabaran iman umat Islam kepadaNya. Agama Islam sering mengingatkan manusia kepada Allah dan segala suruhan Allah, kerana ditakuti berlakunya musibah bala kepada manusia tanpa mereka beriman kepada Allah. Maka kehidupan mereka di dunia ini hanya sia-sia sahaja.
Didatangkan lagi 15 perkara penyebab berlakunya bala sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenangnya melakukan 15 perkara ini:
- Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.
- Amanat dianggap ghanimah.
- Membayar zakat dianggap merugikan.
- Suami tunduk pada isterinya.
- Derhaka terhadap ibu.
- Mentaati kawan yang menyimpang dari kebenaran.
- Menbenci ayah.
- Bersuara keras (menjerit jerit) di masjid.
- Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.
- Orang ditakuti (dihormati)kerana kejahatannya.
- Minum arak berleluasa.
- Semakin ramai(lelaki) memakai sutera.
- Wanita menari di khalayak umum dianggap perkara biasa.
- Permainan muzik merata rata.
- Umat akhir zaman ini sewenang-wenangnya mengutuk umat umat permulaan termasuk para sahabat Nabi SAW, tabi’in dan para imam muktabar.
**ehsan duniakini
15 perkara d atas aku malas nak ulas satu persatu sekarang ni..nak ambik yang muzik ni dulu sebab makin lama aku tengok zahar dan parti cap tadah tin milo makin bernafsu dok tipu orang kutip duit kononnya dana fisabilillah...nanti aku ulas kemudian dehh...
SEJAK BILA NIK AZIZ KETUA NEGARA ?? INIKAH MAKSUD AZHAR IDRUS ?
NIK AZIZ D UPACARA PEMBAKARAN MAYAT SAMI ?
Wahyu Allah swt cuba d pesongkan !!
Dengar alunan gitar sambil hayati hadis dan firman..cuba..cuba test..kalau anda tak lalai dari ingat Allah maka anda menghampiri tahap wali hehe
KALAU MAJLIS DIA MAKA SEMUA HALAL YANG UMNO BN BUAT SEMUA HARAM !!
v
V
Firman Allah S.W.T:
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
Maksudnya: dan (hamba-hamba Ar-Rahman itu) mereka tidak menghadiri Az-Zur dan apabila mereka melintas dengan perkara yang sia-sia mereka lalu dengan penuh kemuliaan.
Ini adalah ayat ke-72 surah Al-Furqan yang menceritakan sifat-sifat ‘Ibadur Rahman atau Hamba Ar-Rahman iaitulah orang mukmin sejati.
Kalimah Az-Zur asalnya bermakna segala perkara batil dan dusta tetapi diperlihatkan seakan elok.
Ulama’ terdapat 2 tafsiran, pertama ia adalah saksi palsu tetapi ini lemah kerana jika persaksian maka mestilah disebut: لا يشهدون بالزور- dengan adanya ba’ ta’diah dan ayat yang dibelakang menolak makna persaksian ini iaitu ‘lalu di majlis sia-sia’ dan ini merupakan tafsiran kepada Az-Zur.
Pendapat yang kuat ialah pendapat kedua iaitu majlis-majlis yang terdapat kebatilan kerana majlis yang batil ini memperlihatkan kebatilan itu seakan baik.
Contoh: Mengadakan konsert nyanyian dengan tujuan amal. Majlis Nyayian adalah batil namun diperlihatkan seakan ia baik dengan ditambah perkataan amal dibelakangnya.
Mujahid meriwayatkan daripada Ibn Abbas makna Az-Zur ialah “Perayaan-perayaan Musyrikin”.
Ulama’ lain menyatakan ia adalah “Majlisul Ghina’ wal Ma’azif” (Majlis Nyanyian dan Muzik)[2].
PETAKA DATANG BUKAN DALAM BENTUK ZIG ZAG..SEMUA KENA..BAIK YANG SOLEH MAUPUN PENDOSA..HATI-HATI...WALLAHUALAM...bersambung...
No comments:
Post a Comment