Dengan sekali lafaz, Lisa Surihani Mohamed dan Yusry Abdul Halim sah menjadi pasangan suami isteri. Pasangan ini telah diijabkabulkan oleh Tuan Haji Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa Surihani, iaitu Mohamed Azan Mohamed.
Berikut ialah video sekitar majlis akad nikah Lisa Surihani & Yusry pada 23 Februari 2012 :
Pra majlis pernikahan di mana para tetamu daripada kedua belah pihak sedang menuju masuk ke dewan pernikahan.
Wakil-wakil yang terdiri daripada rakan-rakan karib Lisa Surihani membawa masuk sembilan dulang hantaran untuk pihak lelaki.
Yusry diiringi pengapitnya masuk ke dewan pernikahan.
Lisa Surihani diiringi pengapitnya dan ibunya masuk ke dewan pernikahan.
Majlis upacara akad nikah berlangsung
Majlis resepsi perkahwinan Lisa dan Yusry di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan berlangsung pada Ahad ini (26 Februari 2012).
Lihat juga Gambar Majlis Akad Nikah Lisa Dan Yusry disini.
No comments:
Post a Comment