Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini.
Dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan.
Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok.
- Bernama
Apa masalah Mahasiswa sekarang ni? semakin hari mereka bersama Anwar Ibrahim... semakin sewel diaorang ni nampaknya!!
Depa ni makin gila agaknya. Apa depa ingat anwar tu boleh beri apa-apa sumbangan ke pada rakyat dan pelajar? Ingat siapa yang banyak membantu mereka selama ini? Inilah dikatakan semakin pandai semakin bodoh. Entahlah apa nak jadi mereka ni.
ReplyDelete