Terbukti Liwat Berlaku
Dibebaskan dan dilepaskan tidak bermakna Anwar Ibrahim tidak bersalah dan tuduhan liwat yang dibuat Saiful Bukhari adalah satu Fitnah semata mata. Gomo mengenali Saiful sejak 2008 sewaktu kali pertama ke Mahkamah menyuarakan sokongan kepada Saiful Bukhari mengetahui segala cerita liwat yang berlaku diantara Anwar Ibrahim dan juga Saiful Bukhari.
Keputusan Mahkamah pada 9hb 01,2012 tempoh hari yang mana membebaskan Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat ini mengembirakan para penyokong beliau dan mendukacitakan rakyat Malaysia yang inginkan keadilan buat Saiful Bukhari.
Hakim memutuskan Anwar Ibrahim dibebaskan walaupun secara jelas hakim turut mengesahkan kejadian liwat memang berlaku dan ini merupakan satu pekara yang tidak diulas oleh pemimpin pembangkang mengenai keputusan Mahkamah tempoh hari.Kenapa mereka tidak ulas pekara tersebut? Mengapa hanya berdiam sahaja dan menyatakan "Syukur Anwar dibebaskan".
Sepanjang perbicaraan kes liwat yang memakan masa 3 tahun 6 bulan Mahkamah telah menerima 38 kali rayuan dari Anwar Ibrahim. 38 kali rayuan yang merupakan satu toleransi dan keistimewaan diberikan buat Anwar Ibrahim tertuduh dalam kes liwat. Bagaimana pula dengan mangsa liwat Saiful Bukhari?
Saiful Bukhari dalam kenyataanya meminta agar Peguam Negara menfailkan Rayuan ke mahkamah Rayuan bagi mendapatkan keadilan buat dirinya dan juga kepada rakyat Malaysia. Dan ini merupakan kali pertama Saiful Bukhari membuat rayuan berbanding dengan Anwar Ibrahim yang sudah 38 kali.
GOMO ADA CERITA LANJUT :
http://www.papagomo.com/2012/01/pakar-patalogi-forensik-sahkan-liwat.html
No comments:
Post a Comment