Kepayahan hidup seorang ibu tunggal bersama lima anaknya di Kampung Kubang Agol di sini, yang tinggal dalam rumah dengan bumbung bocor setiap kali hujan, berakhir apabila keluarga itu menerima sumbangan zink berharga RM300 daripada UMNO Bahagian Pasir Mas.
Ibu tunggal berkenaan, Che Esah Deraman, 43, berkata, sebagai penoreh getah yang pendapatannya tidak menentu, dia tidak mampu untuk menggantikan bumbung bocor itu.
“Rumah saya akan digenangi air setiap kali hujan, lebih-lebih lagi semasa musim tengkujuh disebabkan bumbung yang telah lama bocor dan tidak diganti,” katanya.
CERITA LANJUT DARI SAHABAT KAMI D SANA :
http://nadirakyatpasirmas.wordpress.com/2012/01/13/umno-berkebajikan-membantu-keluarga-miskin/#more-111
No comments:
Post a Comment