Monday, January 16, 2012

GEMPAR !! PEMIMPIN PKR DAPAT "DATUK" PEMEGANG IC "71" ?!!

Pembangkang kata orang yang berkod kad pengenalan 71 sebagai bukan warganegara.

Maka, pada tahun lepas kes MISMAH menjadi sebutan puak pembangkang terutama dalam ceramah dan media parti seperti Harakah.




Dalam tak sedar, rupa-rupanya ramai pemimpin pembangkang yang berkod kad pengenalan 71. (http://mymassa.blogspot.com/2011/08/blogger-pembangkang-kantoi-dalam-isu.html)




Antaranya Saifuddin Nasution. Setelah berjuang dalam PKR sekian lama. Kini Saifuddin dikurnia gelaran DATUK oleh DYMM Sultan Kedah.

S/U Agung PKR Saifuddin Nasution bergelar 'Datuk'
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Sultan Badlishah.

Anugerah itu adalah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84.

Saifuddin menerima anugerah itu Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Kepada mana-mana Bukan Warganegara (gelaran yang diberikan oleh PAS kepada pemegang kod 71 dalam kad pengenalan), inilah buktinya pembangkang cakap tak serupa bikin. Mereka menyerang anda yang telah mendapat kerakyatan secara sah dan boleh menjadi pengundi. Dalam masa yang sama, mereka mempertahankan PEMIMPIN TERTINGGI MEREKA yang sebenarnya berstatus seperti anda sehingga boleh dapat DATUK. Di mana letaknya KEADILAN?

Gerakan menarik lebih ramai Bukan Warganegara kepada Pakatan Pembangkang sedang giat dijalankan. Buktinya, ketika Perhimpunan Bebaskan Anwar 901, lensa MyMassa berjaya merakam gambar pekerja asing yang digunakan untuk berdemonstrasi.


Lihat pekerja asing ini dibekalkan dengan topeng Anwar menyamar.

Tujuan mereka menuduh BN mempunyai pengundi hantu adalah untuk menutup kegiatan mereka yang sebenarnya menyimpan pengundi-pengundi seperti gambar di atas. Macam cerita dulu-dulu, pencuri melaungkan perkataan "PENCURI" untuk elakkan ditangkap.

*Minta maaf Datuk. MyMassa hanya pinjam istilah yang PAS cipta untuk orang berkod 71 untuk tajuk di atas. Kalau Mismah pun kena, kenapa Datuk terselamat?

No comments:

Post a Comment