Semalam 2 perkara terjadi di Selangor. Pertama kehadiran Perdana Menteri ke PKNS untuk bertemu dengan para peninaga yang tertindas dengan tindakan kerajaan negeri Selangor yang telah menaikkan sewa permis sehingga 100%. Keduanya pelucutan jawatan Exco Dr Hasan Ali walaupun Hasan Ali masih belum membuat sebarang rayuan terhadap kes beliau.
Di PKNS semalam Perdana Menteri diberi sambutan hangat oleh rakyat Selangor ketika sampai diperkarangan Kompleks PKNS. Hampir 2 ribu orang memenuhi ruang legar PKNS untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri.
Kesimpulannnya semalam dua bencana besar berlaku kepada kerajaan PKR Selangor. Kehadiran Perdana Menteri di PKNS akan melonjakkan lagi sokongan rakyat Selangor kepada Barisan Nasional dan juga perlucutan jawatan Hasan Ali daripada jawatan Exco jelas menunjukkan bahawa mereka sejak dulu lagi sudah merancang tetapi menunggu masa yang sesuai.
Ini aku kongsikan gambar semalam bersama Perdana Menteri di Kompleks PKNS
TQKGCONLINE
No comments:
Post a Comment