Saturday, January 14, 2012

GAMBAR !! PUSAT KARAOKE D KELANTAN D SERBU !! wOO ADA JUGE RUPANYA !! GRO BERTUDUNG ?!!

kih kih hiase


BACHOK 13 Jan. – Kegiatan sebuah premis di Kampung Kubang Golok yang menjalankan aktiviti karaoke haram dengan berselindung di sebalik papan tanda ‘Nick Resort’ di pintu masuknya terbongkar apabila diserbu polis awal pagi tadi.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dengan dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah pukul 2 pagi itu turut menahan 29 pengunjung dan dua pekerja premis tersebut.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ab. Rahim Che Ghani berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis itu yang asalnya sebuah resort telah mengubah suai menjadi pusat karaoke sejak setahun lalu.

“Polis turut merampas pelbagai jenis peralatan set karaoke di dalam lima buah bilik di situ yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM50,000.

“Kesemua pengunjung ditahan untuk diambil keterangan dan kami turut melakukan ujian air kencing untuk mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya kepada pemberita selepas serbuan tersebut di sini.

Jelas beliau, operasi pusat karaoke itu disiasat mengikut Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan Kerajaan Negeri Kelantan, manakala jika ada ditahan positif dadah, mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ab. Rahim berkata, pihaknya kini mengesan pemilik pusat karaoke itu yang tiada di premisnya ketika serbuan.

Katanya, ini merupakan serbuan kedua ke atas premis itu setelah dikesan menjadi pusat karaoke, namun pengurusan beroperasi semula.

“Operasi itu terganggu pada mulanya apabila ada pihak memadam kesemua lampu di pusat tersebut sebaik sahaja menyedari kehadiran polis,” katanya. – UTUSAN

No comments:

Post a Comment