Wednesday, January 25, 2012

ALHAMDULILLAH !! KELUARGA DATO NAJIB HADIAHKAN 1 MASJID UTK PARLIMEN LEMBAH PANTAI !! DUIT ANWAR KEMANA ?!!



Kalau ikut akhbar-akhbar pembangkang, pemimpin Kerajaan dan BN adalah watak jahat.

Kalau watak jahat, mana boleh jadi hero. Begitulah caranya pembangkang menggunakan medianya untuk membentuk persepsi negatif terhadap pihak lawan.

Bila Anwar spin, kata dia nak buat undang-undang anti fitnah, nak tergelak MyMassa dibuatnya. Siapa yang dari dulu lagi suka buat fitnah kalau bukan Anwar. Masa dia jadi pemimpin pelajar lagi dia dah buat fitnah bahawa ada penduduk Baling mati kelaparan. Sebab orang percaya fitnah dialah, mahasiswa ketika turun atas jalan.

Korang cuba beli akhbar pembangkang, kalau tak fitnah atau serang lawan memang tak sah. Yang bab cerita pasal kejayaan mereka hanya seciput.

Bila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi lontarkan idea POLITIK BAHARU, MyMassa kagum kerana ia adalah idea yang sangat hebat. Pembangkang menyambut idea Datuk Saifuddin Abddullah seolah-olah mereka bersedia untuk melaksanakannya. Tetapi mampukah politik baharu mendepani POLITIK SEBENAR / REALITI?

Toksah di Malaysia, di Amerika sekali pun masih mengamalkan politik fitnah.

*Fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment