Tuesday, December 20, 2011

wOO !! JIMMY SHANLEY DAKWA BINI DIA KAKI JUDI ??


Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010.

Apabila disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga bekas isterinya itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka.
Menurut Jimmy lagi Nursuhaila juga gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu. 

“Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin
“Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar,”
“Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami,”



TQHATIGORENG !!

3 comments:

  1. Tu lah..nak kawin tu tak selidik dulu...perempuan jenis macam mana?tengok muka je lawa....lama lama muka pun jadi kerepok jugak....kalau dah perangai macam hantu....tak payah lah buat bini...cari bini lain...lagi baik..cari org kampung...biar tak pandai bergaya pun...asalkan perangai baik!

    ReplyDelete
  2. x semestinya org kampung tu baik...rmai gak klip2 3gp membabitkan org kampung..jgn igt org bandar sume suka buat dosa

    ReplyDelete
  3. yang mahal tak semestinya bagus dan yg murah tak semestinya .............. lu fikir la sendiri

    ReplyDelete