Demonstrasi anjuran Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) yang berlangsung dihadapan Ibu Pejabat FELDA di Jalan Semarak tidak mendapat sambutan ramai ekoran hanya dihadiri oleh sekitar 50 orang berbanding sasaran awal iaitu seramai 1,000 orang.
Diketuai oleh Presiden ANAK, Mazlan Aliman, demonstrasi yang pada awalnya dijadualkan berlangsung pada jam 2.00 petang bermula lewat sekitar jam 3.15 petang dipercayai kerana kehadiran penyokong demonstrasi yang kurang.
Salah seorang penyokong yang memakai baju pertubuhan itu turut mengeluh terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin, yang dikatakan mahu hadir sama di situ menyokong demonstrasi tersebut.
“Entahlah…Shamsul Iskandar kata nak datang, tapi tak nampak muka pun,” katanya yang berada di tepi wartawan Mynewshub.my di sini hari ini.
Kelihatan beberapa orang penyokong demontrasi memegang sepanduk, kad manila dan memaki hamun Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Abdul Samad.
Selain itu, mereka-mereka yang hadir pada demonstrasi itu dilihat lebih kepada mirip kepada demonstrasi “BAPAK” memandangkan majoriti darinya adalah golongan yang sudah berumur berbanding anak muda.
Dipercayai, tidak semua yang hadir menyokong demontrasi tersebut adalah anak FELDA ekoran ia turut disertai oleh orang luar seperti Jingga13 dan sebagainya.
Mazlan yang merupakan salah seorang pemimpin muda Pas, kemudiannya dilihat memasuki Ibu Pejabat Wisma FELDA diiringi oleh lima orang penyokong bagi menyerahkan memorandum sokongan terhadap Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab.
Kononnya, Dzulkifli telah dipaksa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isa untuk menyambung pelajaran di luar negara selama 9 bulan dalam usaha menyingkirkan Pengarah FELDA tersebut.
TQSUARA PEOPLE.COM
No comments:
Post a Comment