Sunday, December 18, 2011

GAMBAR !! KERAT 5 BATANG JARI BINI !! ANWAR PATUT KENA NIH ?!!


Hawa Akhter has said she will continue her studies, despite the horrific attack

Rafiqul Islam, 30, menutup mata isterinya, Hawa Akhter, 21, dan meletakkan pita pelekat 
ke mulut isterinya serta memberitahu akan memberikannya hadiah kejutan.Sebaliknya lelaki 
ini memotong kelima-lima jari kanan nya menggunakan parang kemudian ditinggalkan selama hampir tiga jam dalam keadaan berdarah.Salah seorang saudara Rafiqul telah membuang jari Hawa ke dalam tong sampah untuk memastikan doktor tidak dapat menyambungkannya semula.Hawa Akhter berkata bahawa dia akan meneruskan pembelajaran dan sekarang sedang belajar menulis dengan tangan kiri.Rafiqul yang merupakan seorang pekerja asing di Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah memberi amaran kepada isterinya akan 'akibat teruk' jika dia tidak berhenti belajar.

''Selepas Rafiqul pulang ke Bangladesh, dia mahu mengadakan perbincangan dengan 
saya tetapi tiba-tiba, dia menutup mata saya dan mengikat tangan saya.Dia juga 
melekatkan pita pelekat ke mulut saya dan mengatakan bahawa dia akan memberikan 
saya beberapa hadiah kejutan, sebaliknya dia memotong jari saya. ''Kata Hawa kepada 
The Times.Hawa kini sudah kembali tinggal dengan kedua ibu bapanya.

Mohammed Saluddin, Ketua Polis Bangladesh berkata bahawa Rafiqul telah mengaku selepas dia ditahan di ibu negara, Dhaka, dan akan menghadapi pertuduhan.Kumpulan 
hak asasi manusia menuntut hukuman penjara seumur hidup.Lelaki ini bertindak sedemikian ke atas isterinya kerana cemburu tentang kenyataan bahawa dia hanya mempunyai gred 
lapan pendidikan standard sementara isterinya akan melanjutkan pelajaran 
untuk mendapatkan ijazah.

Pada bulan Jun lalu pula, seorang lelaki yang menganggur mencungkil mata isterinya, 
seorang penolong profesor di Universiti Dhaka, juga kerana perbezaan pendidikan, 
akibat melanjutkan  pendidikannya di Universiti Kanada.



No comments:

Post a Comment