Jangan cari pasal! Buat mereka yang sedang berkasih dengan isteri orang sila ambil iktibar dengan kes ini.
Agensi – Gara-gara marah dengan isteri yang mempunyai kekasih gelap, seorang lelaki bertindak ganas memotong alat sulit kekasih isterinya itu lalu memasukkan ke dalam beg plastik sebelum menyerahkan kepada polis.
Lelaki berusia 35 tahun itu turut mengaku kepada polis bahawa dia sudah membunuh kekasih isterinya itu.
Kejadian berkenaan berlaku Sabtu lalu apabila suspek menemui kekasih isterinya itu dengan alasan mahu menyelesaikan masalah tersebut secara diam-diam.
Mereka kemudiannya menyewa sebuah hotel.
Dia kemudiannya mengikat kekasih isterinya, meliwat, mengelar tekaknya sebelum memotong alat sulit lelaki tersebut.
Berikutan tindakan kejam tersebut, lelaki tersebut didakwa di mahkamah atas tuduhan bunuh.
Suspek mengambil tindakan kejam itu bagi membalas dendam terhadap isterinya, 27, dan kekasihnya itu.
Dia yang mempunyai rekod jenayah sebelum ini menyaman pasangan kekasih itu atas tuduhan berzina, namun mereka dibebaskan selepas diberikan pengampunan.
Post a Comment