PETALING JAYA - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditangkap bersama tiga lelaki warga Nigeria dalam serbuan di sebuah apartmen di Damnasara Damai, di sini kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, remaja yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di sini, didapati sedang bergurau senda bersama lelaki terbabit.
Difahamkan, remaja itu sering berkunjung ke rumah berkenaan bertemu tiga lelaki terbabit hingga membuatkan jiran tetangga yang melihat keadaan itu muak.
Berikutan itu, jiran berkenaan melaporkan perkara itu kepada pegawai masjid berdekatan yang menjalankan serbuan serta-merta bagi mengelak berlaku kejadian di apartmen berkenaan.
Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, sebelum memasuki rumah itu, pihaknya mengetuk pintu sebelum dibuka seorang lelaki warga Nigeria.
"Kita meminta izin untuk memeriksa semua bilik sebelum mendapati remaja perempuan itu sedang bergurau senda dengan dua lelaki warga negara sama.
"Hasil pemeriksaan mendapati remaja terbabit sering berkunjung ke rumah itu bagi memuaskan nafsu ketiga-tiga lelaki terbabit dengan bayaran lumayan," katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati remaja berkenaan dipaksa ibunya untuk melayan tiga lelaki bukan Islam itu.
"Semua yang ditahan itu dibawa ke Balai Polis Damansara Damai untuk tindakan lanjut," katanya.
Penolong Pengarah Unit Siasatan Jais, Sharom Maarof berkata, pihaknya masih menjalankan siastan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 29 (1b), Enakmen Jenayah Syariah Selangor (Nombor 9) 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun.
Ketua Polis Daerah petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
HM ms4 5Friday, October 7, 2011

Post a Comment