Label 10

Home » » MAT SABU D KECAM LAGI..KALI NI OLEH MELAYU DAP !!!

MAT SABU D KECAM LAGI..KALI NI OLEH MELAYU DAP !!!

Written By AAKJ on Monday, September 12, 2011 | 8:49 PM

Dengan DAP, semuanya berkisar pada perhitungan bagaimana hendak merangkul undi Melayu.



Minggu lepas, Karpal Singh telah menggesa Mat Sabu supaya menarik balik kenyataannya tentang peristiwa Bukit Kepong dengan serta-merta.

Karpal mahu Mat Sabu berbuat demikian supaya “implikasi negatif politik” ke atas Pakatan Rakyat dapat dihindar.

Dia juga memberitahu sidang akhbar bahawa kata-kata Mat Sabu “amat merosakkan” prospek (baca: harapan tinggi menggunung) politik bagi Pakatan, terutama sekali ketika negara berada di ambang pilihanraya umum.

Kutukan Karpal disusuli sindiran pedas timbalannya Tunku Abdul Aziz.




Tunku Aziz dua kali lima dengan Bishop Paul Tan (baca sini). Tahap Bahasa Inggeris mereka bukan main kepalang ‘England’ dengan selok-belok menggeronyotkan bibir.

Dalam surat kepada pengarang bertajuk ‘Bukit Kepong: Insensitive remarks‘ yang diterbitkan di NST (Sept 7), Tunku Aziz berkata:
“Mat Sabu, is always good for a laugh and I must say I find his speeches on the hustings delightfully shallow.”
(Mat Sabu itu selalunya menjadi bahan ketawa. Bagi saya, ucapan-ucapannya ketika berkempen adalah amat cetek sekali.)
“It is in his interpretation of the attack by 180 communists of the 4th Independent Company of the Malayan Races Liberation Army on the remote police station at Bukit Kepong on Feb 23, 1950 that Mohamad has succeeded in further reducing himself to a sad figure of fun and ridicule.”
Sukar untuk dialih bahasa tetapi apa yang dicakapkan Tunku Aziz lebih kurang begini: … Mat Sabu hanya berjaya menjadikan dirinya watak lucu yang sedih serta diejek orangramai.
“He is, to the discerning, no more that a political jester, one of the many that the system has thrown up in all of our political parties. I say this more in sorrow than anger.”
(Kepada yang tajam akal, dia tidak lebih daripada seorang badut politik.)
Tunku Aziz juga berkata:
“I concede his right to his opinion, but when Mohamad is who he is in the PAS hierarchy and, therefore, a leader of Pakatan Rakyat, a coalition now posturing itself as impatiently waiting in the wings to run the country, then he cannot speak as a jester. He is no longer amusing.
There is now an added dimension to his political life. The people have a right to examine him more closely for signs of character defects.”



Kata Tunku Aziz: Sebagai (orang nombor dua) dalam PAS dan justeru itu seorang pemimpin Pakatan Rakyat, satu gabungan yang meletakkan diri sebagai pemangku pemerintah negara maka Mat Sabu tidak boleh bercakap umpama seorang pelawak. … Khalayak umum mempunyai hak untuk memeriksanya dengan lebih teliti sama ada dia menunjukkan tanda-tanda kecacatan akhlak.
With ‘friends’ like Karpal and Tunku Aziz, who needs enemies?


Selama ini, tak pernah kita tengok mana-mana pemimpin tertinggi Umno mempersendakan mana-mana seorang pemimpin tertinggi MCA atau MIC dengan begitu rupa.

Jangan lupa, Mat Sabu dipilih muktamar secara demokratik manakala Tunku Aziz hanya dipayung terjunkan ke jawatannya. Begitu juga Zairil Khir Johari hanya dilantik oleh bos Cina dan bukannya dipilih ahli-ahli parti. Tiada Melayu yang diberi undi perwakilan DAP (baca sini).




TQHELENAANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger