Laporan Malaysiakini yang ditulis oleh seorang penulisnya bernama Kuek Ser Kuang Keng pada 4.05 petang, 2 Ogos 2011 berkaitan seorang penduduk tetap (PR) bernama Mismah telah mendapat kad pengenalan dalam masa 4 jam adalah tidak benar (baca sini). Laporan Kuek tersebut ternyata menyalahi etika kewartawanan dan tidak bertanggungjawab.
Semakan yang telah dibuat oleh blogger Double Y mendapati artikel yang dibuat oleh Malaysiakini adalah tidak benar. Double Y telah membuat semakan terhadap status Mismah yang memiliki kad pengenalan bernombor 670704-71-5238 adalah 'PERMOHONAN YANG SEDANG DIPROSES".
Double Y telah membuat semakan kali kedua dengan Semakan Daftar Pemilih dan mendapati status yang keluar adalah "Tiada Dalam Daftar Pemilih". Ini bukan kali pertama Malaysiakini mengeluarkan artikel yang melanggar etika kewartawanan dan sengaja ingin mencetuskan propaganda murahan agar rakyat marah dengan SPR. Sewajarnya wartawan yang bernama Kuek Ser Kuang Keng dikenakan tindakan terhadap tulisan yang salah tersebut. Artikel tersebut harus ditarik balik. TIndakan mahkamah adalah jalan terbaik untuk mengajar Malaysiakini.
Kesian blogger Pakatan Pembangkang melompat macam beruk kena belacan... mudah sangat diperbodohkan oleh Malaysiakini... hahaha
+ comments + 2 comments
Walau bagimanapun Malaysiakini mesti disaman dan KDN boleh buat tindakan segera ke malaysiakini...memalukan KDN dan kerajaan BN. Saman hingga terberaklah wartawan2 malaysiakini sampai tak boleh cari makan. Kalau tidak besok entah apa lagi yang di buat cerita fitnah supaya rakyat bencikan kerajaan. Pakatan haram adalah faktor utama dibelakang malaysiakini. Jangan diam jer hishamudin bertindaklah cepat kalau kau anak jantan aku cabar kau buat sesuatu supaya jangan berani lagi diorang kurang yang melampau batas..negara ni boleh jadi huru hara kalau dibiarkan.
Saman MalaysiaBikini..!!!
Pihak Berkuasa Harus Tegas.!!!!!
Post a Comment