Label 10

Home » » PM AJAK RAKYAT KEDAH TINGGALKAN PARTI YG MENIPU RAKYAT !! part 2

PM AJAK RAKYAT KEDAH TINGGALKAN PARTI YG MENIPU RAKYAT !! part 2

Written By AAKJ on Friday, July 29, 2011 | 4:41 PM

 

Najib lawat masjid, tinjauan mesra di pasar tani

Najib Tun Razak ditemani Ahmad Bashah Md. Hanipah (kanan) singgah untuk menjamu selera di salah sebuah gerai pada program Walkabout Pasar Tani Taman Wira Mergong pada Program lawatan Perdana Menteri di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 28 Julai - Hasrat masyarakat Islam di sekitar Taman Wira Mergong di sini untuk memiliki sebuah masjid yang lebih besar dan selesa bakal menjadi kenyataan apabila kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.12 juta bagi tujuan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini hari ini, memulakan atur cara beliau dengan melawat masjid tersebut dan mendengar taklimat berhubung projek pembesarannya.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Teknikal Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Kedah, Ab. Ghapar Daud.
Selepas melawat masjid itu, Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra dengan bertemu orang ramai dan peniaga di tapak pasar tani Taman Wira yang terletak berdekatan masjid berkenaan.

Turut hadir adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Dalam tinjauan mesra itu, Perdana Menteri turut meninjau penyediaan bubur lambuk oleh peserta pasar tani untuk diedarkan kepada orang ramai sempena kedatangan Ramadan.
Sementara itu, seorang peniaga gerai minuman, Fazri Masari, 26, menyifatkan ia mungkin pengalaman sekali seumur hidupnya apabila dapat menyediakan teh tarik untuk Perdana Menteri.

Seorang peniaga pasar tani, Kamaruddin Hamid, 33, pula berkata, kunjungan Najib dan pemimpin lain ke pasar tani dan medan selera terbabit menunjukkan keprihatinan kepimpinan tertinggi negara dalam membela nasib rakyat.

tqutusan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger