Perhimpunan haram: Pembangkang buat kecoh di KL Sentral
09/07/2011 2:26pm
KUALA LUMPUR 9 Julai – Pemimpin-pemimpin parti pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim serta lebih 1,000 penyokong mereka membuat kecoh di KL Sentral di sini hari ini.
Anwar sambil diiringi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum itu keluar dari hotel berkenaan tepat pukul 2 petang.
Berlaku kekecohan apabila kesemuanya merempuh sekumpulan polis yang membuat halangan di pintu masuk stesen tersebut ketika hujan lebat.
Sementara itu, kira-kira 2,000 penyokong perhimpunan haram Bersih dilihat tiba di Stadium Merdeka. – Utusan
Post a Comment