Label 10

Home » » SAPA YG PROFESIONAL DALAM PAS ?? woOO AGAK-AGAK LA !!

SAPA YG PROFESIONAL DALAM PAS ?? woOO AGAK-AGAK LA !!

Written By AAKJ on Monday, June 13, 2011 | 4:28 PM


Blog Melayu Muda sini menulis:
Tergelak besar bila blogger upahan RM4 juta PAS kata gabungan Ulama dan Professional dalam PAS buat UMNO gentar. Buta sungguh blogger PAS ni.

Golongan professional yang macam mana dia maksudkan? Mahfuz Omar yang tak lulus SRP dan dulunya jadi penjaga stor lapangan terbang boleh dianggap professional ke? Nak kata dia golongan Ulama pun tidak juga. Inilah contoh bertapa kurang cerdiknya orang-orang PAS dalam menyokong seseorang itu.

Mat Sabu pun sama juga, kalau hendak dikirakan Ustaz Nasa lagi jauh dan tinggi taraf pendidikannya berbanding Mat Sabu.
Mat Sabu cuba menonjolkan dirinya dalam blog bahagian profil blognya sini sebagai seorang yang membaca dan mengkaji politik antarabangsa.

Dia turut mengaku cikgu besarnya dapat lihat bakatnya dalam politik sejak bangku sekolah.

"Ketika masih di Tingkatan Lima, beliau pernah mengarang dan menyampaikan pidato yang agak luar biasa bagi seorang pelajar yang sebaya dengannya. Pidatonya mengenai ‘Diplomasi Ping Pong’ (iaitu mengenai pembuka hubungan diplomasi antara Amerika Syarikat dan China) menarik perhatian guru besarnya."

Walau bagaimana pun, Mat Sabu tahu cerita-cerita itu semua hanya tokok tambah. Salah satu pengukur intelek seseorang masih diploma dan ijazah yang dipegang. Oleh kerana dia tidak ada, maka dia cuba tipu berikut:
Penglibatan awal Hj. Mohamad dalam gerakan Islam ialah dengan menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1975 selepas dipecat dari Institut Teknologi Mara (ITM) kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan menentang Akta Universiti. Pada tahun 1978, Hj. Mohamad menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.
Dengan cerita demikian, boleh dipersalahkan kerajaan yang buang dia sebagai penyebab dia tak siap diplomanya.

Mat Sabu boleh auta orang PAS bodoh di kampung tetapi banyak orang ingat lagi kisah Mat Sabu di ITM.

Seorang bekas taiko aktivis pelajar kata pada The Unspinners, Mat Sabu dibuang dari ITM kerana gagal dalam peperiksaan. Setakat kena tahan demo, ianya tak jadi isu kerana siapa tak tahu kisah Ibrahim Ali ambil final paper masa dalam lokap tahanan ISA.

Mereka yang terlibat demo, semua dapat sambung belajar sampai habis. Mat Sabu kelentong untuk tutup kebenaran dia dibuang kerana fail.

Lagi kata sumber, Mat Sabu bukan pernah sertai demo masa dia di ITM. Dia tidak aktif dalam Student Union.

Mat Sabu aktif dalam bahagian boria dan merupakan Ketua Boria. Sumber tidak kasi quote nama dia dan cadangkan suruh cek dengan bahagian pendaftaran UiTM.

Hehehe ... apa kebala dia dok cerita "membaca dan mengkaji hasil tulisan tokoh-tokoh seperti Imam Khomeini, Ayatullah Mutahhari, Ali Shariati, Kalim Siddiqui, Muhammad Al-Asi, Jalaluddin Rachmat dan banyak lagi tokoh yang lain-lain. Di antara kalangan tokoh-tokoh tempatan pula, pemikiran dan pandangan Syed Naquib Al-Attas dan Tan Sri Musa Hitam menarik perhatian beliau."

Semua kelentong belaka. Art & Design pun tak boleh pass, Mat Sabu. Eh ... bodoh betoi!

Meyimpulkan posting ini, kata-kata dari blog Melayu Muda dipetik:
Bayangkan jika PAS memerintah dan menteri-menteri dari kalangan pemimpin PAS ada yang tak lulus SRP, ada yang dulunya kerja jadi kerani bawahan yang tidak memerlukan kelulusan. Ada yang universiti pun tak pernah jejak, ada yang tak boleh faham bahasa Inggeris, ada yang dulu tak pernah sekolah dan macam-macam lagi.

Bolehkah golongan-golongan ini mentadbir sebuah negara?

TQUNSPINNERS
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 28, 2011 at 3:47 AM

biar betik !!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger