KOTA BHARU - Sinar Harian melaporkan Pas Kelantan menolak Nasharuddin Mat Isa yang juga seorang bekas pensyarah Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Akhbar itu melaporkan lagi, kebanyakkan kawasan Pas Kelantan mencalonkan Mat Sabu berbanding Nasharuddin.
Malah Pas Bachok terpaksa mengadakan mesyuarat tertutup untuk menjaga hati Ahli Parlimen mereka, Nasharuddin kerana kebanyakkan AJK Pas kawasan itu menolak Nasharuddin.
Apa yang menghairankan Pas Kelantan lebih rela mengangkat pemimpin yang tercalar imej peribadi dengan skandal khalwat lebih 10 tahun lalu.
Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih gemar kepada Anwar Ibrahim berbanding presiden mereka sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
- KELATEKITO.NET
Post a Comment