Label 10

Home » , » Ucapan Raya Politik : Noh Omar Bedal Kalid Gagap !!

Ucapan Raya Politik : Noh Omar Bedal Kalid Gagap !!

Written By AAKJ on Saturday, August 3, 2013 | 3:53 PM


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar membidas Menteri Besar Khalid Ibrahim yang didakwa menyiarkan ucapan Hari Raya bersifat politik dengan menyatakan pembangunan kawasan luar bandar di negeri itu masih tidak memuaskan.
Beliau berkata kenyataan Abdul Khalid itu tidak benar kerana Selangor telah mencapai status negeri maju ketika di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dengan pembangunan menyeluruh termasuk di kawasan luar bandar dan kampung-kampung.
“Kesemua kawasan termasuk di luar bandar di Selangor kini sudah mempunyai bekalan elektrik dan air, malah saya yakin sudah tidak ada titi kayu begitu juga dengan pembangunan infrastruktur dan prasarana lain termasuk masjid, surau dan jalan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang berkata dakwaan dibuat Menteri Besar itu tidak berasas dan merupakan satu tuduhan yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi dalam ucapan Hari Raya yang sepatutnya membawa semangat bersatu padu sesama manusia.
Beliau berkata kenyataan itu jelas menafikan pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan selama ini menerusi pelbagai kementerian dalam memastikan kawasan luar bandar dibangunkan termasuk menyediakan pusat kegiatan ekonomi bagi menjana pendapatan penduduk.
“Sehubungan itu saya menafikan kenyataan yang dibuat dan kesal kerana ia dinyatakan dalam ucapan Hari Raya sedangkan apa yang dinyatakan ternyata tidak benar,” katanya.
Abdul Khalid dalam ucapan Hari Raya yang diterbitkan dalam tabloid keluaran kerajaan negeri itu, Selangor Kini edisi 2 hingga 9 Ogos 2013 antaranya menyebut: “Antara usaha yang mahu kita laksanakan dalam masa terdekat ini adalah memperkasakan pembangunan kampung-kampung tradisi dan baru di seluruh negeri Selangor.
“Walaupun sudah 55 tahun merdeka, dan beberapa kementerian diwujudkan khususnya untuk pembangunan luar bandar, namun nampaknya pembangunan kawasan luar bandar di sembilan daerah di negeri Selangor ternyata masih jauh dari memuaskan.” 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger