Label 10

Home » » Tanah Kubur Orang Islam Malaysia Tak Cukup?

Tanah Kubur Orang Islam Malaysia Tak Cukup?

Written By AAKJ on Monday, August 12, 2013 | 6:01 PM

Tak Cukup Kubur Untuk Umat Islam Malaysia?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa umat Islam negara ini terutama di Pulau Pinang  bakal berhadapan dengan masalah kesukaran mendapatkan tapak kubur untuk mengebumikan jenazah pada masa depan.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris mendakwa, perkara itu boleh berlaku ekoran tiada penyelarasan dalam pengurusan mayat Islam di Negara dan kebanyakan pihak pula lebih mementingkan pembangunan komersial untuk setiap tanah yang ada.
“Pada masa akan datang, apabila seseorang itu meninggal dunia pihak pengurusan mayat akan bertanya pihak keluarga di mana nak tanam mayat ini.
“Hal ini sudah pun terbukti berlaku apabila ada kes kariah masjid melarang kariah luar pihak luar mengebumikan jenazah di tanah perkuburan di kawasan mereka atas alasan tanah perkuburan cukup-cukup untuk mereka sahaja,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
S.M. Mohamed mendakwa, situasi kes itu sahaja sudah cukup untuk mengambarkan tanah terutama di kawasan bandar semakin tidak mempunyai ruang untuk dijadikan sebagai kawasan perkuburan Islam.
Justeru beliau melahirkan kebimbangan situasi yang lebih teruk akan berlaku ke atas umat Islam Malaysia dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang berikutan tanah perkuburan yang ada semakin sempit.
Jelas beliau, mengikut hierarki penempatan, keluasan tanah perkuburan setiap satu kawasan kejiranan antara 5,000 hingga 10,000 jenazah memerlukan tanah seluas satu hingga dua hektar.
Sehubungan itu, katanya, CAP mencadangkan kawasan tanah perkuburan yang mempunyai rancangan jangka panjang berdasarkan hukum dan cara yang betul mengebumikan mayat Islam diwujudkan.
Beliau turut melahirkan kekesalan apabila ada kariah bersikap tidak adil berhubung keluasan tanah perkuburan untuk jenazah tertentu.
Menurutnya, pengurusan tanah perkuburan perlu dirancang, diurus dengan betul supaya dapat mewujudkan satu pengurusan mayat bertaraf nasional yang dapat mengatasi masalah jarak serta menjimatkan kawasan.
“Dengan adanya satu kawasan perkuburan khusus bagi peringkat negeri dan daerah, ia dapat diselaraskan dalam semua urusan, misalnya dari segi pengurusan mayat sehingga tapak perkuburan.
“Langkah ini juga melenyapkan sikap berkasta, status dan darjat daripada kaum keluarga atau waris jenazah yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya lagi.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger